Isnin, 9 September 2013

Cakoi

Salam
Hari ni rilex sikit, so ada masa nk buat kuih untuk juadah minum petang... Jom layan cakoi bersama sos manis ni. Resipi ambil dari Page 5 Rencah 5 Rasa. Sedap!!


Cakoi bersama sos manis
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis segera
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sentimeter, atau boleh juga dalam bentuk segiempat tepat.
5. Ambil dua doh yang telah dipotong tadi, dan tekankan pada tengah2 doh dengan lidi.
6. Tarik hujung doh.
7. Gorengkan sehingga perang.

Sos Manis
Bahan-bahan:
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air biasa
5 sudu besar gula
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijaukuning
secubit garam

cara-caranya:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana.
2. kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. *Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit.



Enjoy !!


6 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

sEDAPNYA CAKOI... TQ SHARE RESEPI CK... DAH LAMA AKAK CARI RESEPI NI :)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sedapnyer... lama tak mkn cakoi.. tp baru ni ada buat kayu keramat.. walaupun tak sama.. leh la kot hilangkan rindu nk mkn cakoi.. hehe..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

cakoi dgn kopi sedapnya. Kak Ros nak resepinya ya.

mala berkata...

alamak! bestnya cakoi .. copy resepi dulu :-)

ummiaisyah berkata...

ye la...tak yah pakai air abu pon jd yek!!! ok bookmarked! tengkiu akak CK

rostina76 berkata...

salam CK…..wah senang juga resepi ni ekk. selalu jmp yg bahan pelik2. nanti nak try la. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...