Selasa, 17 September 2013

Asam Pedas Telur Ikan

Salam... apa khabar... Hari ni CK cuti... yeah...bestnyer...boleh masak memasak dan makan dengan selesa (kalau time bz tu, makan pun sambil berdiri/buat keje...huhuhu...apalah nasib!! )

Dan hari ini CK masak asam pedas. Kena plak dengan telur ikan mayong...ermmm... bestnyer... Tq pada my lalink Jebat yang belikan lauk kegemaran isterinya ini jauh2 di Kuala Selangor nun...kebetulan oustation ke sana, dia pun pegi la ke pasar dan jumpa telur2 ikan ni..murah2, harga dari rm18-25 (tgk saiz dan musim).. kali ni CK buat asam pedas plak.. dah jenuh dah buat kari, kari dan kari...hehehe


Disebabkan anak2 tak reti makan telur ikan, so letakkan sekeping dua isi ikan jehanak...Meh tgk resipi...tp serba kekurangan sbb takde bunga kantan dan daun kesum...bantai jer laaa

Bahan-bahan
telur ikan secukupnya
cili kering (ikut suka nk banyak mana)
bawang merah*
bawang putih*
halia*
serai*
kunyit hidup* (guna serbuk pun boleh)
belacan*
ketumbar biji (sikit jer)
air asam jawa
bendi/terung bulat
daun kesum-dirampai halus
halba campur
garam, perasa

Cara-cara
1. Bahan yang bertanda * dimasukkan ke dalam blender dan dikisar halus
2. Panaskan periuk, masukkan minyak masak.
3. Tumis bahan yang dikisar halus tadi bersama dengan halba campur. Tumis sampai naik bau, pecah minyak
4. Masukkan air (sebanyak mana yang dikehendaki) dan biar hingga kuah mendidih
5. Masukkan ikan, bendi/terung bulat. Tunggu hingga mendidih lagi
6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalo suka)
7. Akhir sekali, sebelum ditutup api, taburkan dengan hirisan daun kesum. Siap


Telur ikan ni masih muda lagi, maknanya bila masak/rebus lama dalam kuah, isinya tak menjadi keras spt biji guli... kalo telur ikan yang matang, nanti dia keras dan tak sdap... ini bila dh masak, dia macam telur setengah masak (mcm telur penyu pun ada...) dan inilah lauk faberet CK dari kecik2 dulu... kat KL mmg tak pernah jumpa laaa melainkan beli skali ikannya. ( tu pun nasib laa kalo dlm perut ikan tu ada telur ...hehehe )


7 corat coret:

Irfa berkata...

so far jarang makan telur ikan tp penah makan dulu..sy tgk gambar pun tahu mesti sedap ;)

fazianbatrisyia berkata...

telur ikan kegemaran sy ni...sy pun suka telur ikan mayong..mmg sedap masak asam pedas...terliur tgk

intandayani berkata...

Tq sudi jenguk blog picisan sy..sdp ke tlur ni?

Rosyima Kasim berkata...

sya penah masak asam pedas telur ikan ni tapi telur tu pecah kenapa eak?

Malinda berkata...

Salam perkenalan....aduh terliur sy dibuatnya masa mengandung anak ke2 gidam nak mkn ni nasib dpt carik....

Cendana Kasih berkata...

@Malinda

mesti anak tu pun suka mkan telur ikan nanti...hehehe

Cendana Kasih berkata...

@Rosyima Kasim telur yang tak cukup matang, yang tak duduk dalam sarung mesti akan pecah bila kena kuah panas..

biasanya saya masukkan balik dlm sarung dan jahit sikit agar tak terkeluar....

tp kalo telur tu dah cukup matang, kalo terkeluar dari sarung pun, dia tak pecah..kengkadang jadi keras mcm bijik guli (ni bagi telur yang besar2, sebesar guli )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...