Rabu, 18 September 2013

Muffin Pisang

Salam...
Anak2 CK suka makan muffin, tak kira la muffin apa pun, nilah juga bekal yg mudah nk sediakan, dan kalo bertandang ke rumah kengkawan, muffin jugak la yang CK bawak. Benda senang kan.. buat apa nk susah2 badan fikir itu ini.... ada benda sedap, senang → cukup laaa...gaul2, bancuh...ting...dalam masa 20 minit dh  siap.. 




Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
I sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*bahan2 ini diayak bersama

Bahan B
½ cawan gula
1 biji telur

Bahan C
¾ cawan pisang lenyek
¼ cawan minyak
1 sudu teh esen pisang

Bahan D
Coklat rice, coklat cip dll  untuk ditabur

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang
Masukkan bahan C
Gaul lagi sampai sebati
Masukkan bahan A, dan gaul rata
Sendukkan dalam papercup
Tabur coklat rice
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180’c

Kat bawah ni mini banana muffin yang memang mendapat tempahan setiap minggu. Saiznya sedang2  jer, sesuai utk jamuan...tak muak makan...CK jual murah2 jer, 60sen satu.. 


Minggu lepas, sebanyak 1500bj banana muffin telah terjual. Naik berpinar gak la mata nk siapkan muffin ni...  TQ Nia sbb tak jemu2 order ngan CK


Untuk dapatkan muffin yang gebu dan sedap, rahsianya ialah menggunakan pisang yang masak dan ranum. Nanti muffinnya jadi manis dan lembut setiap masa...takde la sejuk bila keras. Muffin ni lebih lembut dr muffin yang dijual dikedai tu (dari feed back customer laaa )



Ok...  sampai sini dulu

9 corat coret:

Tihara berkata...

sedapnya muffin, lama dah tak makan kek2 n muffin2 ni sejak raya ritu, heheh :)

rahel berkata...

Memang betul tu...buat muffin memang senang + sedap....

fazianbatrisyia berkata...

rezeki tu. kalau sy 100 pun entah larat ke tidak

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sedapnya CK muffin tu.. lama tak makan... hulur sikit kat akak ehe :)

Umie Jazz berkata...

sedapnya CK...=)

mala berkata...

betul tu .. muffin senang. tak dak mixer pun boleh buat. cantik la papercup yg putih tu

tun_telani berkata...

kak CK.. mmg tabik spring boleh bake 1500 mapin! ye la, kalau rajin semua pon jadi kan.. tun ni bila ntah nk rajinnyer.

zana fahmi berkata...

salam CK, lama tak jengah sini. muffin pun kesukaan kakpb terutama pisang, senang buat bahan tak susah.

ogyep yummy mellow berkata...

sedap.. sedap.. sedap.. cute mute aje muffin tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...