Khamis, 14 Mac 2013

Lopes Sagu Ubi Kayu

Salam

Jom minum petang dengan juadah ni. Errr...sebenarnya nk buat lopes ubi kayu jer, tp ubi kayu yg tinggal cuma 2 ketui cenonet, alamak... keinginan utk makan dah tak terbendung lagi (tinggal air liur jer belum meleleh) ...so dengan kreatifnya CK campur la sagu mata ikan sikit (utk banyakkan) Kali ini buat perisa pandan plak sbb CK suka bau harum daun pandan tu dalam kuih... dan akhirnya...jadilah Lopes Sagu Ubi Kayu




Bahan-bahan
1 tongkol ubi kayu- disagat dan diperah airnya, air dimendap sekejap, kemudian ambil sagunya
1/2 cawan sagu mata ikan (direndam sekejap)
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
air daun pandan
pewarna hijau

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka

Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai masak /berkilat.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.



Nk membuatnya sekejap saja, tp ambik tempoh lama baru dapat makan gara2 sikap malas yg menebal dalam diri...adoiiii... bila la nk kembali rajin. Si Rayyan asyik request karipap jer... Tp mama dia buat derk jer...


Jemput minum petang !!!



8 ulasan:

Mas berkata...

peberet ni kak....
suka suka suka

Mas berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Azie berkata...

my feveret ni

Marsita Yahya berkata...

I like...!

Rohah berkata...

akak tak pernah makan yg versi ubi kayu,tapi dah dpt bayangkan kesedapannya...

Jagungmanis berkata...

salam kak,
ada lopes juga ya di sana :)
ini "jajan pasar" yang sering aku beli :)

Unknown berkata...

Lama tak drop komen kat sini, CK ni buat akak rasa rindu kat lopes..huhu..setakat nak mkn sorang, malas nak buat. Nak beli, mmg tak jumpalah kat sini.

Unknown berkata...

Lama tak drop komen kat sini, CK ni buat akak rasa rindu kat lopes..huhu..setakat nak mkn sorang, malas nak buat. Nak beli, mmg tak jumpalah kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...