Sabtu, 5 Januari 2013

Muffin Pisang English Style

Salam
Hari Sabtu ni ramai yang bawak anak2 g jenjalan kan. Tapi kali ni CK malas ler nk keluar. Nk rehat puas2 kat rumah sementara takde tempahan ni.. (liat plak nk mulakan biz setelah bercuti...bestnya cuti ... hehehe )

Dan hari ni, ada 2 bijik pisang berangan kat esbox, CK buat la mapin ni. Bukan susah pun...penyediaan dalam 5 minit, dan proses bakar dalam 12-15 minit...dah siap dan boleh ngap.


Muffin pisang english style. Copy di sini ya ibuk-ibuk, kakak-kakak, dan adik2....

Bahan-bahan
180 gm tepung
2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
70 gm butter
3 sudu gula putih
2 sudu light brown sugar
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen wanila
1 biji telur
utk hiasan;
pisang di  kecil2
serbuk kayu manis
badam hiris



Cara-cara
1.Pukul butter dan gula sehingga kembang ,
2.masukkan gula merah pukul lagi,
3.kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg.
4.akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat .
5.Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar,
6.susun kan pisang atas muffin, tabur gula dan badam keping dan bakar selama 12-15 minit dalam suhu 200'c
7.SIAP



Ok...  jemput makan !!! CK nak sambung rehat, berkuak lentang depan tibi....adoiii...malas betul laaaaaaa

2 corat coret:

rose manap berkata...

CK buat muffin pisang.. ogyep buat kek pisang... sama lah pulak taste kita ya..

Jangan kuak lentang lebih2 ya.. lemas pulak nanti..

adda syuhada berkata...

sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...