07 November 2009

Cakoi

Projek hari ini, kuih Cakoi. Selalu beli kat pasar malam dan slalu jugak berebut makan ngan anak-anak. Akhirnya belajar buat sendiri. Hari tu mmg dh nekad, ajak hubby g Bake With Yen Puchong, semata-mata nk cari bahan2 nk buat cakoi ni. Ni first trial. So takdelah cantik mcm jual kat pasar malam tu. Len kali cuba lagi, kasi lagi cantik lagi...he.he....

Resepi dari MamaFami, tapi edit dan tambah dengan resepi dr Skyblue sama...tambah serbuk alum dan ammonia.

Bahan-bahan
~400 g tepung ~ diayak 1 cawan air
~1 sudu besar majerin ~ dicairkan
~1 sudu kecil garam
~3 sudu besar gula
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 kuning telur
~1/4 sudu kecil serbuk alum
~1/4 sudu kecil serbuk ammonia for cooking (untuk rangupkan cakoi)
~2 sudu kecil yis segera
~1/2 sudu kecil soda bikarbonat
~minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis,serbuk alum, ammonia dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan


Cakoi tu cicah ngan kaya. Ada gak cakoi yg inti red bean kat dalamnyer...sume ada...





06 November 2009

Puding Laici

Salam Jumaat sume !!!

Bangun jer pagi ni, HUJAN. Bila cuaca sejuk2 ni, nk masak pun malas. Tapi anak2 dh kebulur, so buat ler breakfast. Wat cekodok dan kentang goreng. Malas plak nk masak nasi hari ni. Hari2 kena masak. So hari ni nk mc masak kejap. Tapi teringin plak nk makan puding laici ni...


Bahan-bahan
>1 paket agar2 tali
>1 biji telur
>3 keping roti
>2 senduk gula(boleh tambah atau kurangkan manis)
>1 cawan susu segar
>1 tin laici
>sedikit esen vanila
>secubit garam
>air secukupnya

Cara-cara
1.Rebus agar2 dengan air sampai larut.Sambil tu cincang buah laici kecil2.
2.Dalam blender, masukkan susu cair, air laici, telur, gula,garam dan roti. Kisar sampai hancur.
3.Bila agar2 dh hancur, masukkan bahan yang dikisar tadi. Masak hingga mendidih.
4.Tabur buah laici yang dipotong dalam bekas.
5.Kemudian, curahkan agar2 tadi. Biarkan sejuk dan keras.
6.Siap untuk dipotong






04 November 2009

Strawbery Tart

Sejak tokeh bakery (Fiza Nordin) tayang tart dia, mulut ni teringin beno nk makan tart. Hajat hati mmg la nk order dari dia jer, tp kesianlah plak kat dia, terpaksa hantar jauh2 sampai ke puncak ni. Aku nk g Pj umah dia amik, kirim salam ler...mmg tak tau jalan.... last2 buat ler sendiri tart ni...puas hati. Dapat makan banyak-banyak.


Aku letak strawbery filling kat dalam tart tu. Beli kat Bake With Yen Puchong semalam. Ada gak buah strawberi fresh kat dalam tu jugak.

Bahan untuk doh pastri
-250g tepung gandum
-165g mentega
-1/2 sudu teh esen vanila
-1/2 sudu teh lemon paste
-1/2 biji telur (pukul telur sedikit dan ambil 1/2 je)
-65g gula kastor
Bahan untuk filling
-250gm cream cheese
-3/4 cwn gula icing
-1 biji telur
-1/2 cwn whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
-1 camca teh esen vanila
-Blueberry/strawberi/kiwi, dll filling secukupnya

Cara-cara
-Griskan acuan tart.
-Pukul mentega, gula, esen vanila dan lemon paste hingga kembang
-Masukkan telor, pukul lagi
-Masukkan tepung, gaul dgn tangan... kalau rasa macam lembik, tambah tepung gandum sikit2. Gaul sampai jadi macam adunan biskut.
-Ambil sedikit doh yg dah siap, ratakan dlm acuan pastry. tebal lebih kurang 1 cm
-Bakar separuh masak pada suhu 180'c selama 15 minit.

Utk bahan isian cheese:
-Pukul cheese dan gula hingga sebati
-Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
-Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
-Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
-Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan

Masih lagi dalam acuan. Panas, baru kuar dari oven. Aku plak suka makan tart ni masa panas2, rangup jer...




P/s: Esok nk buat bluebery tart plak.... pastry nyer masih ada lagi.

Sup Tomato

Maaf yer kengkawan, gambar tak cantik, tapi sup ni penuh dengan khasiat. Sup Tomato ni idea dari chef Razak yang disiarkan dalam Wanita Hari Ini minggu lepas. Sup tomato ni khas untuk mereka yang mengamalkan 'solf diet'. Sangat sesuai untuk mereka yang lepas menjalani pembedahan dan yang nk diet.




Sebenarnya inilah breakfast aku pagi ni. Bukan diet yer, tapi buat masa ni aku takleh makan benda2 keras, sebab gusi bengkak. Kesnyer, semalam makan daging dan ayam. So hari ni kena makan benda2 lembut sikit.
Dh lama dh nk buat sup ni, tapi dalam fridge takde saleri dan segala aneka yang lain. Semalam, aku pegi lah ke Tesco, cari sume bahan-bahan tu. Dan pagi ni, tak sabar2 lagi nk masak.... Memang sedap sup ni (ikut tekak aku laaaa.... )



Bahan-bahan
>1 biji tomato
>1 batang saleri
>1/2 batang karot
>1 biji bawang besar
(sume bahan-bahan sayur ni dipotong dadu)
>2 sudu besar tomato puri
>2 sudu besar sos tiram
>1 sudu kecil serbuk lada hitam (sapa suka pedas boleh kurangkan)
>1 sudu kecil serbuk oregano
>minyak zaitun untuk menumis
>garam dan serbuk perasa
>air secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak zaitun, dan tumis bawang besar sampai layu.
2.Kemudian, serbuk oregano dan lada hitam.
3.Diikuti dengan karot dan saleri.
4.Masukkan sedikit air.
5.Letak sos tiram dan tomato puri. Tambah air lagi.
6.Biarkan menggelegak dan masukkan pula buah tomato. Tambah garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga mendidih.
7.Keluarkan sume dari periuk dan masukkan dalam blender.
8.Kisar bahan2 tadi sampai halus, dan tuang ke dalam mangkuk. Sedia untuk dihidangkan.

Aku makan sup tomato ni dengan roti perancis. Bagi tekak aku, sedaplah, rasanya masam-masam, masin, pedas. Selain tu sup tomato ni sesuai jugak dihidangkan dengan pasta. Tambah kepingan ayam panggang kat atas pasta tu pun sedap. Tapi bagi mereka yang ingin diet dan sedang dalam berpantang, memadailah dengan hanya makan sup ni jer tanpa tambah apa-apa.


So...ada sesiapa yang brani mencuba??




P/s: Sekarang ni tgh syok tgk citer The Biggest Looser (channel 702). So dah terikut cara pemakanan peserta kat dalam rancangan tu..... tapi aku memang takde harapan langsung nk masuk The Biggest Looser Asia. Baru lari sedepa dh semput...kah,kah,kah......

03 November 2009

Asam Pedas Ikan Kembung, dll

Salam !
Dah lama tak update blog ni, takde mood la. Banyak betul kerja kat rumah ni.




Inilah juadah untuk hari ini. Asam Pedas Ikan Kembung, Hati Ayam Masak Kicap, Kerabu Tomato dan Telur Masin.... yum,yum......

Asam Pedas Ikan Kembung(letak nama jer, tp ada seketul dua ikan tenggiri kat dalam kuah tu). Sekarang ni aku dh boleh makan ikan, so teringinlah plak nk makan asam pedas ikan. Tapi kali ni takde bunga kantan. Cuma daun kesum jer. Memang dh lama pun tak masak lauk ni. Adalah dekat setengah tahun. Sebabnyer, kat umah ni mmg tak minat makan asam pedas tiap minggu. Kalo sekali sekala tu ok ler..walopun Hang Jebat aku orang Melaka, dia lebih suka masak lemak cili padi, sambal tumis dan kari.

Hati Ayam Masak Kicap. Kalo masak lauk ni, aku tak suka goreng hati ayam tu, sebab keras. Aku lebih suka campak masuk dalam kuah kicap tu jer...sonang kojo den.


Kerabu Tomato Hana Style. Dah banyak kali nampak dalam laporan masakan Myresepi, kali ni aku plak nk cuba. Buat sebijik tomato jer..he,he...Tapi dalamnyer takdelah letak ikan bilis. Malas dh nk goreng ikan bilis. Jus lemon tu aku gantikan jer ngan jus limau nipis. Sori yer Hana, resepi menderhaka sikit. Memang sedap kerabu ni. Lain kali boleh buat lagi.

Telur masin. Wat tambah-tambah lauk.







29 Oktober 2009

Hepi Birthday Farisya

Hari ni 29.10.2009, genaplah usia along (Nur Farisya Idayu bt Saharudin) 9 tahun. Dh besar dh anak mama. Semoga jadi manusia berguna dan anak yang soleh. Rajin2 baca buku, kalo tak mesti mama membebel dari pagi sampai petang. Tak tolong wat kerja umah pun takpe, janji baca buku,hafal sifir dll. Bilik mesti selalu kemas yer...


zwani.com myspace graphic comments


Disebabkan along masih ada exam hari ni dan esok, so sambutan hari jadi along ditunda ke hari Sabtu. Umah kita pun still under renovation lagi, esok lusa siaplah. Jadi hari sabtu tu sesuai sangatlah nk wat birthday celebration.
Hadiah tahun ni? kalo keputusan exam sume dapat A (gred yg bagus) mama dan papa akan pertimbangkan hadiah komputer tu. Ada yang mintak keyboard la, game la... nanti ler... pikir dulu ek!!
Akhir kata, along dh semakin besar, jangan degil2, beralah sikit dengan adik. Tahun depan nk dapat adik lagi. Jangan asyik main dan berangan jer. Papa dan Mama sayang along !!

Rezeki Hari Ini

Cewah tajuk......sebenarnya hari ni malas jer nk masak. Sebabnyer? hubby balik lambat. So tak payah masak beria2 untuk makan tengahari. Untuk dinner nanti, lain citer lah, g pasar malam ker, makan kat kedai tomyam ker, g umah mak mertua aku ker..he,he.....
Tapi lagi malas nk kuar g beli kedai. Padahal kedai ngan umah aku cuma sejengkal jer. So masak jer lah apa yang ada.. (sume benda ada, malas jer yg lebih)
Dan akhirnyer, terhasillah mee goreng mamak dan ayam goreng ala KFC ni (terliur tengok Ijan tayang ayam KFC dia) Tapi ayam ni guna tepung KFC dari Radix (aku kan malas, so sume guna cara mudah jer lah....)

Mee goreng mamak. Wat simple jer sbb nk makan ngan ayam goreng. Janji kenyang wahai anak-anakku.



Sampai sini dulu....

26 Oktober 2009

Ketam ala Thai

Ini salah satu lauk untuk hari ini. Lama gak tak makan ketam ni. Takut alergik satu badan. Kang menggaru jer mcm beruk....tapi takpe, hari ni dh siapkan kelapa muda. Lepas makan ketam, minum air kelapa muda...takdelah gatal nanti.... Selalu kalo beli ketam, aku suka rebus jer (paberet dari kecik lagi). Idak pun wat masak lemak cili padi + nenas. Tp kali ni nk cuba plak resepi dari Sheila Rusly (Ketuk-Ketuk Ramadhan).




Bahan-bahan
>2 ekor ketam -dibersihkan dan dikukus
> 3 biji bawang merah*
>2 biji bawang putih*
>1 inci halia*
(semua bahan-bahan * ditumbuk halus)
>1 batang serai-diketuk
>2 sudu pes tomyam (kalo pakai tomyam kiub pun ok gak)
>1 sudu cili giling
>1 sudu sos tiram
>2 helai daun limau purut
>sedikit daun ketumbar-dihiris (kalo suka la....)
>2 biji cili padi thai -diketuk jer
>sedikit sos ikan
>sedikit air
>garam, gula, perasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
2.Bila dh agak garing, masukkan cili giling. Tumis lagi.
3.Masukkan serai yang diketuk, dan tumis lagi. Masukkan pes tomyam dan kacau.
4.Diikuti pula dengan sos tiram. Tambah sedikit air.
5.Masukkan sos ikan, cili padi dan daun limau purut, serbuk perasa, gula, dll. Kacau dan masukkan ketam.
6.Gaul rata dan angkat. Bolehlah ditabur dengan daun ketumbar. Siap....

Selamat Menjamu Selera !!



Breakfast pagi ni

Hari Isnin datang lagi....walopun tak pernah bekerja, mood bad monday tetap ado...he,he.... hubby dh kembali kerja setelah 4 hari cuti, dan Along plak dh start periksa hari ni.... tinggal ler aku ngan Irfan jer kat umah. Rutin harian jadi mcm biasa, masak, kemas umah, tengok tv...pas tu tido....


Ni sarapan untuk pagi ni. Mee Goreng Segera (Mee Sedap). Makan plak ngan telur mata kerbau...yum,yum......


Ada gak karipap. Kat umah ni sentiasa ada kuih frozen. Kalo malas nk buat breakfast, keluarkan kuih tu dan goreng.....


Sekian untuk tika dan saat ini !! bye...

24 Oktober 2009

Mee Rebus

Salam Sabtu sume !!!
Hari ni masak mee rebus plak.


Resepi yang marbeles dari umah Kak Ummi Kuantan. Thanks akak !! lebiu..

Bahan-bahan
>50 gm udang kering (dikisar)- aku tambah udang hidup jugak dalam kuah tu
>100 gm daging (dipotong halus) **
>30 gm rempah kari
>80 gm cili kering (dikisar)
>40 gm lada putih
>3 biji bawang besar (dikisar)
>200 gm ubi keledek (dipotong halus, rebus dan kisar)
>1 liter air/lebih
>minyak
>garam dan gula secukup rasa

Bahan Hidangan:-
>Mee kuning - dicelor dan toskan
>telor rebus
>tauhu digoreng dan potong halus
>bawang goreng
>daun sup
>cili merah/hijau - hiris
>keropok udang

Cara-Cara:-
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing (api perlahan).
2.Masukkan air, kacau hingga mendidih dan masukkan gula, garam, lada putih dan daging**.
3.Masukkan ubi, kacau atas api kecil hingga pekat sedikit.
4.Tutup api.
5.Tuangkan ke atas mee dan hias/tabur dengan daun sup, bawang goreng, cili dan telor rebus.

** Daging direbus dahulu dengan sedikit air hingga empuk.Masukkan ke dalam kuah dengan air rebusan daging sekali.


Jemput makan sume....