Assalamualaikum. Apa khabar semua. Dah sarapan ke?
Pagi ini ada bubur nasi. Di gandingkan bersama ikan bilis dan telur masin sahaja. Tak sempat nak buat sayur goreng atau lain-lain lauk sampingan. Apapun, enjoyy !!
RESEPI BUBUR NASI BERLAUK
BAHAN BUBUR
2cawan beras(dikisar)
6cawan air
Cara penyediaan:
Masak bubur dan apabila makin pekat boleh ditambah air sedikit.
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bawang putih
Sambal belacan
Kangkung
Bawang holland
Cabai besar merah
Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga garing,masukkan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
3.Goreng dengan api yang besar,kemudian masukan bahan perisa,masukkan cabai besar yang dihiris,kemudian masukkan bawang holland.Siap untuk dihidangkan.
BAHAN UNTUK HIDANGAN
kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Telur masin (direbus)
Bawang goreng
Limau
Daun bawang
Kangkung goreng belacan
OK...sampai sini dulu. Wassalam !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan