Rabu, 2 Ogos 2023

Kuih Cara Berlauk Cendanakasih

Assalamualaikum. Sementara CK masih rilex2 ni, kita update la blog. Esok lusa dah sibuk, entah bila tahun pulak dapat update blog ni...huhuhu. 

Rasanya simpan resepi di sini lebih selamat, daripada tulis di buku yang seringkali hilang. Resepi dah diubahsuai (modified kata omputeh) 



Resepi KUIH CARA BERLAUK CENDANAKASIH

Inti:
- 1 mangkuk Daging rebus & potong kiub. Nak pakai ayam, udang pun boleh.
- bawang besar potong kiub
- serbuk kari (2 sudu/lebih kari ok)
- sikit garam (xyah masin sgt)
-sikit chicken kiub/serbuk perasa
2sudu minyak tumis masuk semua bahan di atas. Goreng kering. (Tak usah masin, sedang2 seperti lauk kita makan)

Simple kan? Kalo korang nk buat cara sendiri, silakan laaa...yang kreatif boleh juga buat dari lebihan kari daging
Ok... dah siap inti, kita buat bancuhan tepung pulak.

Bancuhan tepung:
4 cawan air + (santan cair / susu cair jika suka)
2 cawan tepung gandum + 1sb tepung ubi
Sikit garam
Sikit gula
Sikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
1 biji telur
1sk pelembut adunan (cream super dll)
1sk minyak masak

Satukan semua bahan dalam blender dan haluskan.
(Bancuhan biar rasa lemak2 aje)

Cara masak:
Panaskan acuan, api agak kecil/sedang aje ya supaya boleh masak dgn sempurna. Masukkan bancuhan tepung, kemudian letak la inti daging tu. Tabur sedikit daun sup, dan cili merah untuk naik seri (cewaaahhhh) Bagamana nak tau dia masak? bila sekeliling dah mcam merkah dari acuan, tandanya dah masak laaa....




OK.. sampai sini dulu. Selamat mencuba. CKak pernah jual kuih ni, 60sen sebijik, tp CKak ni bukanlah orang yang rajin menjual. Ikut mood jugak. Sekarang mood dah ke laut merah di saudi sana nun... hahahahaha. 

dan..satu pesanan untuk admin-admin page di FB, Insta dll yang kemaruk kejar like, tak salah nk copy resepi, tp jagalah hak si pemilik resepi. Jangan pakai ambik jer gambar dan resepi orang !! 


1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Wak kalau makan kuih cara ni, ladanya tu kena ketepikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...