Sabtu, 2 Januari 2016

Swedish Meatball with Lingonberry Sauce

SALAM


Ck buat lagi peberet food ni..almaklum la kan...orang Atkins tak makan karbo...hehehehe.... tp ni bukan versi Atkins pun.. saja la enjoy makan mende2 sedap gini...




BAHAN-BAHAN MEATBALL
500 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar – cincang halus(*)
1 sudu besar mentega(*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar atau 
mixed spices
1/3 sudu teh serbu
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu besar bread crumb – kisar halus
30 ml susu segar
1 biji telur


Cara-cara
1) Tumis yang bertanda (*) sehingga keperangan dan ketepikan buat sementara.
2) Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. Masukkan bawang yang telah ditumis dengan butter. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
3) Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak.
k kayu manis
1/3 sudu teh gula
Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.




Bahan-bahan kuah
lebihan mentega
2 cawan stok ayam
2 cawan krim whipping(*)
1 sudu besar kicap cair
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada hitam
bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat
garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa

Langkah-langkah:
1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.
Boleh tambahkan jem lingon atau jem campuran buah-buahan bersama-sama kentang.
Pasti terangkat!


CK buat stok meatball ni banyak2 dan frozenkan...bila nk makan, senang...takyah nk keluarkan food processor segala bagai.


Sos Lingonberry tu jangan tanya CK respi nyer ek? sbb CK beli kat IKEA jer... hahahahaha.....

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...