Isnin, 21 Oktober 2013

Donut

Salam... apa khabar? 
Mari minum petang bersama donut. CK buat donut frozen pagi tadi. Takde la rajin sangat nk meniaga frozen food balik (setelah hampir setahun tak buat frozen).. inipun sbb family besar CK nk datang rumah hujung minggu ni. So diorang request kuih2 sedap... so inilah salah satunya yang menjadi kegemaran anak2 buah dan cucu2.


 Bulan lepas, Ck ada tolong satu adik ni (dr gombak) menjual produk2 frozen. CK ambik karipap pusing dan donut. Semasa diwar-war pada kawan2 tentang produk adik ni, CK dah cakap, kuih2 frozen kali ni bukan airtangan CK dan bukan juga dr anak murid/wakil jualan CK. Dan...mereka pun setuju nk cuba... tp last2...komen yang diterima ?
""errr CK, donut yang awak buat sendiri takde ke? yang ari tu punya tak sedap laaa "
"kak, donutnya keras sikit, takbleh lawan donut buatan kau kak !! "
"Noorma, aku nk donut dan karipap yang kau buat sendiri, orang lain punya tak nak !! "
Aduh la kawan2 ku ini... takmo bagi peluang lansung kat peniaga baru... kalau CK punya masa dan tangan yang banyak, dah tentu peti es korang dipenuhi dengan produk frozen aku... tp apakan daya kan.. maaf laaa sekalian...

Tapi, jangan risau, kat sini CK sertakan resipi...buatlah sendiri yer... (hehehe...sure la tak sama kan...mcm masakan ibu, takkan sama yer dak !! )

Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improverlist
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
gula halus untuk menyalut donut

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula atau topping yang disukai.


Ni donut jimat topping yer.. sekadar menyahut seruan kementerian kesihatan, kurangkan manis dalam makanan, dan lebihkan manis dalam senyuman...ewahhhhh. !!!  alaaa.. untuk kami makan anak beranak jer...takyah lawa2 sangat laaaa....


7 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Lapor la pulak tengok ptg hari ni CK.. jika itu komenya terbukti donut yg CK buat ternyata sedapppp ;)

Cik Siti MAR berkata...

feberet ni.. oh donut

tun_telani berkata...

lawa sgt2 dh tuu CK.. tun dh lama juga x mendonat nih. biasanya buat kalau buat mmg buat byk terus utk frozen.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam CK
sedapnya ,dgn topping lg bertambah sedap ni
smlm breakfas pun donut he hee itupun sb anak asyik mintak je, padahal mkannya seketul dua je
kalu ada frozen naklah beli gak he hee
nape x buat lg

Razila berkata...

Thanks sis for sharing resepi donut... nak try buat gak lah =)
Nak tanya...200gram tepung ni dapat berapa biji ye?? dalam family saya...anak sulong je yang suka donut. HEHEHHE. TQ

Cendana Kasih berkata...

@Love Razila
dpt la dlm 10-15 bj donut, bergantung kpd acuan penerap nyer..kalo besar acuan donutnya, sikit la dpt.. kalo takde acuan, boleh juga buat bulat dan goreng mcm kat bakery jusco tu :)

Unknown berkata...

salam perkenalan..

kalau tak guna bread softner n improverlist tu..x gebu ke donut.. mana nak dapat tu..

http://happyhealthylifeshop.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...