Isnin, 17 Jun 2013

Kisah Balik ke Perak

Salam..
hari Sabtu lepas, CK dan keluarga menghadiri majlis pernikahan anak buah di Taiping. Perjalanan dari Kuala Lumpur dimulakan seawal 5 pagi, sebab majlis pernikahan akan berlangsung pukul 10 pagi (perjalanan KL-Taiping hanya 2 jam jer, tp dengan kerenah anak2 ni, berenti makan minum, ke tandas, isi minyak itu ini...langsung panjang masanya)


outdoor fotoshoot ni buat kat Taman Tasik Taiping

 Hari sabtu lepas hanya majlis pernikahan sahaja, resepsinya bulan Ogos atau mungkin December ni kot? (adoiii...kena balik kg lagi laaa jawabnyer ) Kenapa buat mcm  tu?? sbb anak buah ni tak dpt cuti. Hari ni dh kena balik Singapore dan esok dh start keje. 


Lepas kenduri (orang dh mulai reda) CK pun jalan2 la kat rumah abang, kakak, sesedara sepupu sepapat di Batu Kurau. Dan tak lengah plak diorang terus pegi menjolok segala buah2 kayu yang ada. Ermm..sedapnya dapat makan buah fresh. Kenyang makan buah, sampai dah takleh isi segala nasi, mee dll. Masa kat kg, kamera dah tak berfungsi (tak ingat pun ada bawak ke idak) Ni snap masa sampai rumah di KL. Durian pun ada, tp CK tak sempat nk beli sbb hari dah malam. 

Dan...bila Jebat tanya, "apsal orang kampung ni loghat cakapnyer lain macam yer? cakap Kelantan bercampur dengan Kedah? "

ermmm...tak tau CK nk cakap apa, sbb gitu la orang batu kurau cakap. Loghat Patani. Mama Sara Nur, cer jawab? 


Dah abis acara di Taiping, Ck berangkat la plak ke Kuala Kangsar (tempat kelahiran kan. mana bleh tak singgah kan!! ) 


Macam biasa, putu perak menjadi kuih yang wajib dibeli, selain laksa kuala kangsar dan cendol, Ada jugak ketupat, lemang dll.Aduh, lepas la mengidam nk makan mende2 ni sume..( Borong makanan lagiiii ) 

Tapi kali ini, CK tak banyak singgah rumah kawan2 di Kuala Kangsar, setakat singgah rumah abang dan kakak jer ( 2 buah rumah jer) yg lain CK takde mood la plak...(entah laaa...angin kus kus datang kot )

Maaf la wahai kawan2 di kampung yang terbaca entri ni. Bukan takmo contack korang, tp CK terpaksa rush balik KL memandangkan banyak mende yang sedang menanti. Dengan anak bulus yg terkurung 2 hari dalam sangkar, mana lagi dengan ikan2 yang tak diberi makan. Adoiii...nk jalan pun susah !!!  

5 ulasan:

JunAina berkata...

Dah muasim buah eh? Sabtu balik ke Bota tak ada pulak pokok kayu berbuah kat sana. Tak menjadi agaknya.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Wah meriahnya makan buah-buahan.. fresh lagi CK :)

Anna Qawina berkata...

sampai ati ko tayang putu tu..melelh air mata ku..haha

mala berkata...

tak Sabaq dah nak balik cuti summer ni. nak mkn durian.

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam CK
waaaa sedapnya buah manggis he hee dah masak ek
he heee conpius kan kat sana bahasa kedah + kelantan betul tu kita Pattani loghat lain sikit
selamat pengantin baru ank buah ck ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...