Isnin, 29 April 2013

Kung Pao Chicken

Salam..
Apa khabar...terima kasih kerana berkunjung lagi ke blog suam2 kuku ni. CK skrg ni bz menjahit la plak..nk siapkan jahitan sblm menjelang ramadhan. So masak pun kengkadang jer (menjahit lagi letih drpd buat kuih..adoiii laaa....)


Dah takde idea nk masak apa..last2 buat jer la kung pao chicken ni, CK dah pernah buat sblm ni. Kiranya ni kali kedua laa...

Bahan-bahan ( 4 orang )
Bahan A

600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam-jika perlu
2 inci halia - ditumbuk halus

Cara-cara
1.Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2.Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3.Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4.Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5.Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6.Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api....


Sambal ikan tongkol. Kat rumah ni kalo takde lauk pedas,sure takde selera big boss nk makan


Daging goreng kunyit untuk anak2


opss... ada jugak masak lemak ikan tenggiri nan seketui. Saja buat  sbb masa kemas freezer,nampak ada sekeping ikan tenggiri. Emmm..buat jer la masak lemak pedas2.. budak2 tak sentuh lauk pedas2 ni


***************************


OK lahh... dah puas memandang lauk, moh tengok plak tempahan2 sepanjang minggu sudah. Ada yang kata CK ni dah pandai demand? hahaha..(cam artis la plak)  demand cemmana tu dik oiii... kalo order last minit, sure la CK tak layan. Sebab setiap minggu,tempahan pasti penuh. .hinggakan pada birthday CK sendiari, kena buat kek orang lain.. .Tiga pat ari ni jer CK tak ambik order sbb sibuk menjahit langsir dan segala bagai. 

Moist Choc Cake untuk si kembar Nazihah dan Nazirah. Order oleh Ara Jufry

Red Velvet Brownies dengan simple deco.Tak taw dah cemmana nk deco brownies. Untuk pensyarah CK di UM,Prof Dr Sidin dan RA2 nya.. diorder oleh rakan CK Prof Dr Siti Ezaleila. TQ Siti

Apam sentiasa menjadi mainan setiap hari. Kengkadang sampai malas dah nk snap gambar apam. 

Red Velvet Cupcakes. 

Portugies Egg Tart

Chicken puff



Satu la CK nk membebel kat sini, pada pelanggan yang collect kuih tu,please la tepati masa anda kerana CK seorang yang punctual. Janji pukul 2, pukul 1.45 CK sudah berada di lokasi penghantaran. Kalo lewat dalam 10-15 minit tu,normal laaa.. jalan kat bandar ni bukan mcm kat kg, tp kalo dah lewat hampir setengah jam? siap datang dengan muka selamba jer...minta maaf jauh sekali... panas la jugak hati. 
Lagi satu, CK tak suka la ada customer yang seronok dapat barang,tp liat nk bayar. Suruh husband bayarkan la,tp husband belum balik rumah lagi. Suruh bank in,takmo la plak. Siap suruh kita tunggu skali. Ingat kita ni apa? CK hargai setiap masa yang berlalu dan takkan membuang masa begitu saja. 

So..satu pesanan " INGAT, HARGAI MASA, CK PRIHATIN, ANDA BAGAIMANA?" (pinjam slogan sinar fm la plak..hahaha)


4 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Banyaknya benda yang dimasak...tabik spring la...

Hafizah Mohamad berkata...

salam CK...sedapnya tgk kung pao chicken ni...rajin CK...menjahit lagi...memasak lagi...baking lagi...wah hebat sgt ni...kalau fiza mungkin x mampu kot nak buat...huhuhu

Unknown berkata...

kak ck tgk chicken td dah mcm iklan maggie magic tu ye..hahah t zila nak try la..

mala berkata...

hebat ck boleh menjahit jugak ..bestnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...