Isnin, 7 Januari 2013

Masak Lemak Pucuk Paku Bertempe

Salam Isnin
Hari ni dah tak tau masak apa, so belasah jer laaa... buat masak lemak tempe campur pucuk paku. Sebenarnya masa ke Hulu Langat ari tu, singgah kat kedai minang dan beli lauk masak lemak. Dia buat campur2 mcam ni laa, siap campur jering dan kacang botol lagi...so CK pun cubalah masak sendiri... best jugak. Lauk2 kampug lah katakan. 

Masak lemak pucuk paku campur tempe, campur terung bulat dan udang...alamak...udang tersorok kat bawah kuah...sori yer !!


 Ayam masak kicap, permintaan si Rayyan. Suka plak dia makan ayam masak kicap dengan sos manis ABC (mcam kat iklan tu )

Sejak budak2 start sekolah sesi petang ni, CK kena masak awal. Tempahan pula disiapkan selepas budak2 pegi sekolah. Adoiii .. tak dapat nk sesuaikan diri lagi dengan jadual baru ni. !!

10 corat coret:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sodap pulak tengok gulai tempe dengan pucuk paku ni.... ^___^

KakAsma berkata...

Maa,
Ni lauk orang jawa juga nie..tempe dengan pucuk paku..sedapnye...masak pekat pekat kan..kalu nak kick buat sambal Lonte..atau totok..hahahha..

Asyifa Mustaffa berkata...

Sedap plak nmpk tempe tu.....huhuhu....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tengah2hari ni rasa terbuntang bijik mata tengok tempe masak lemak, sedapnya kalu ditambah sambal belacan, hehehe

faa.rosli berkata...

lama tak pekena pucuk paku masak lemak...teringin sgt da ni...

Qhaifa Nur berkata...

lama tak makan pucuk paku...bagus juga tambah tempe menyedap rasa juga..

mama sara nur berkata...

sedap kita memang suker keduanya tu cuma tak penah masak camni je he he'ari tu blk kg giler kutip pucuk paku sampai xder idea nk masak apa dah he he

Norzie hany berkata...

Dah lama tak makan sayur pucuk paku,bila tgk kat sini rasa teringin pulak....ermmm sedapnya.

ogyep yummy mellow berkata...

Masak lemak pucuk paku & tempeh ni my faberet la CK.. dah lama tak masak gulai ni..

Wattie berkata...

Salam CK,
Kalau akak dapat semangkuk kan best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...