Jumaat, 20 Disember 2019

Bihun Celup

Salam... Ok... hari ni akak share respi plak yer. Bihun celup ala thai. Tak suka bihun boleh ganti dengan mee, kuetiau atau megi. Sayur-sayur pun terpulanglah nak letak apa yang ada dalam peti. Tapi janganlah sampai pinjam rumah sebelah yer. No no no 🤣🤣🤣




👇BAHAN² KUAH
1ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam(tumbuk)
Lada sulah
Bawang putih(1labu blender)
Akar ketumbar
1ketul Kiub ayam

👇BAHAN² HIASAN
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(sy ganti sawi)celur
Kacang tumbuk(tp sy xguna)
Lobak masin(celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
bebola ayam, daging. ikan
Serbuk cili kisar (chili flakes)
Cili jeruk
Daun ketumbar

👇CARA²
Didih kan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yg dh di tumbuk halus td..Sambil2 tunggu didih tumis kan bawang putih yg dh di blend td sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah td(time ni kuah wangi,bau mcm bihun pama) dan perasa kan garam,aji,gula sikit..Bahan2 ni sy agak2 je ye untuk yg byk mana sy msk..
Tunggu ayam lembut sikit keluar kan ayam yg isi utk di racik.. Kemudian boleh la hidang kan bersama bahan-bahan hiasan


Rabu, 18 Disember 2019

Cakoi

SALAM... 

hari ini Ckak agak rajin, maka terhasillah cakoi. Selalunya beli jer kat pasar malam. Itu pun terpaksa beratur hampir 15 minit kerana ramai orang. Ermmm.... kita buat sendiri lah yer.


Ok...mari tengok bahan-bahannya. Mudah jer, takde minyak jagung, gantikan saja dengan minyak masak biasa. Tp janganlah guna minyak zaitun yer, hehehehe. Kalau rajin, bolehlah diletakkan inti kacang merah.


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam mangkuk yang berisi air suam. Kacau dan biarkan yis tersebut kembang. Lebih kurang 15 minit.

2. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
3. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
4. Perap dan biarkan doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang dalam 1 jam.
5. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
6. Canai doh secara memanjang. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan sedikit air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik kepada dua.
7. Seterusnya, perap doh sekejap lebih kurang 5 hingga 10 minit supaya lebih kembang.
8. Tarik doh memanjang dan terus goreng di atas pan dengan api yang sederhana kecil hingga keperangan



OK... Selamat Mencuba !! 


Ahad, 15 Disember 2019

Murtabak Pisang

Salam... asyik buat murtabak kambing, ayam jer, boring gak kan, sesekali ubah la menjadi murtabak buah-buahan plak. Haaa....biasa buah-buahan yang digunakan ialah pisang, nangka, cempedak. Durian tu kalo kena ngan tekak korang, silakan lah....hahahahaha



Kat sini CKak share resepi murtabak pisang. Kalau nk tambah cheese dalam murtabak pisang tu pun boleh, lagi marbeles.


MURTABAK PISANG

Bahan-bahan untuk doh
(Dibuat waktu malam)
3 cawan tepung gandum
1 cawan air yang dicampur dengan 1 sudu teh garam
1 sudu mentega
-Uli tepung dengan air garam
-Air tu kalau tak cukup, tambah-tambah la
-Dah jadi doh bulat campurkan mentega dan uli lagi
-Kemudian buat bulat-bulat sebesar bola pingpong dan letakkan dalam bekas yang telah diletakkan minyak dan sedikit mentega.
-Golek-golekkan supaya semua bahagian kena minyak dan biarkan hingga esok pagi

Bahan-bahan inti
Pisang emas
10 biji
Gula 3 sudu
- hiris-hiriskan pisang.
-Campur semua (pisang & gula)
-kemudian tebarla tepung yang dah diuli malam tadi.
-letakkan pisang ditengahnya dan lipat.
-masak dalam kuali yang telah diletakkan sedikit minyak
Dah masak, bolehla dipotong dan dimakan ketika sejuk. Melecur lidah kalo makan panas-panas. Murtabak ini lebih sedap dimakan ketika sejuk.
Inti tu kalo tak cukup tambahla pisang dan gula. Kalo tawar tambah gula lebih sikit. Murtabak ni kalo manis baru sedap.
Balance-balance tepung tu kalo dah tak de intinya boleh le buat roti canai je.

Kredit resepi: Hajjah Ana Samad

Jumaat, 13 Disember 2019

Risoles Ayam Carbonara Cheese

Salam
Lama tak update blog ni. Hari ni sambil mengadap pc jalan2 kat Lazada, teringat plak blog dah lama usang. Hehehe.
ok..hari ni CK ada Risoles Ayam. Ni bukan popia yer. Kulitnya lembut, garing diluar dan lelehan cheese tu membuatkan anda tak berhenti makan.

Sebenarnya, inti risoles ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Resepi yang diberikan dibawah adalah lebih mudah tak tidak renyah mencari bahan-bahannya.

Di sini, CK menggunakan inti Ayam Carbonara. Cadangnya nak buat popia carbonara, tetapi aura risoles lebih menggoda. Maka niat nak buat popia ditangguhkan dulu. Hehehehe...




Mari kita lihat resepinya

Kulit Risoles
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 1/2 cawan air biasa
Garam secukup rasa
1 biji telur
Tips : Gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan

Cara 
1: Blender kesemua bahan di atas sehingga hancur dan sebati dan tuang adunan yang telah siap ke dalam bekas. Pastikan kepekatan adunan adalah sederhana agar adunan boleh dilenggang di dalam kulai . Untuk lebih cantik , anda gunakan kuali non stick . Adunan di atas boleh menghasilkan 30 keping kulit risoles

Inti Risoles 
400gm isi ayam - cincang
5 biji kentang bersaiz sederhana yang dipotong dadu
1 biji bawang besaq yang dipotong dadu
3 sudu kecik serbuk lada hitam
5 ulas bawang putih
sedikit minyak utk menumis
1 cawan air biasa
bahan perisa secukup rasa
Cara – cara
panaskan kuali pada api sederhana dan masukkan sedikit minyak . Selepas itu , tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau dan masukkan ayam  dan kacau sehingga sebati . Biarkan selama 5-7 minit supaya ayam masak dengan sekata.
Kemudian, masukkan pula kentang, bawang besar dan air . Kacau sehingga sekata dan biarkan 5-7 minit . Perasakan adunan dengan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga air menjadi kering iaitu sehingga betul-betul kering.
Barulah dimasukkan bahan perasa yang anda mahu seperti gula, garam ,atau serbuk lada sulah / lada kisar bergantung pada citarasa anda.
Inti yang telah siap dimasak dibiarkan seketika .

Cara membuat Risoles Ayam Cheese
Bahan yang diperlukan adalah :
Kulit Risoles dan Inti yang telah siap disediakan pada awal tadi .
1 biji telur
Serbuk roti
Keju Mozarella iaitu keju yang telah hancur. Boleh didapati di pasaraya .
Ambil sekeping kulit, letakkan cheese mozzarella, letak inti dan gulung. Kemudian celupkan ke dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti. Siap, dan boleh lah digoreng. 

Sabtu, 9 Mac 2019

Tempat Makan Lesehan Seri Kembangan (errrm...hampes)

Semalam lepas hantar anak tuisyen, Ckak dinner la kat satu tempat makan ni. Sebelum ni dah pernah pegi, not bad la Nasi Ayam Penyet nyer. Konon hari ni nak repeat laaa , tapi kunjungan kali ini agak mengecewakan. Kenapa?? mari baca seterusnya 



Namanya nasi goreng gila. Rasanya pun gila😂 hahaha.. Sebaik sahaja sampai, sudah terbau aroma hangit. Errmmm.... mungkin encik suami tidak perasan kerana asyik bermain game di telefon bimbitnya.

Terus akak ambil sudu dan merasa. Sah !!! Warnanya yang agak kehitaman berjaya menyembunyi kejadian hangit yang berlaku, namun tidak dari segi rasa.

Hendak ditukarkan dengan yang lain?? tak perlu rasanya, kerana entah bila pula hidangan seterusnya dapat dihantar, kerana masih ada 3 meja pelanggan yang sedang menanti pesanan mereka.

Encik suami mula menjamah. Dia memandang. Errrm... hangit katanya. Tak mengapa, dia makan jugak laaa.... Keseluruhannya, rasa agak mengecewakan. Nasi gorengnya MANIS !!! seumur hidup belum pernah merasa nasi goreng manis. Ini kali pertama.

Nasinya juga basah. Mungkin baru dimasak dan terus digoreng untuk pelanggan. Perencah didalamnya juga tidak segar. Udang dan sotong menggunakan stok lama.

Hidangan kedua pula ialah bakso. Akak memesan BAKSO SUHUN. Fuh...tak pernah makan begini, suhunnya berwarna biru. Yang yang paling mengecewakan, ada terasa bau plastik yang kuat. Bukan setakat bau, kuahnya juga terasa bahan plastik.

Masa bayar akak tanya la, kenapa warnanya sebegitu..

Si penjual memberitahu, 'Oh...di Indonesia memang bakso suhun warna biru."

Ok.. Ok laa...tp kenapa suhun rasa plastik? Tuan kedai hanya tersengih. Akak memang tak boleh telan. 
Kuahnya pun terlalu banyak penambah perisa. Bau lipas pun ada.. Errrr... Harap tidak sakit perut keesokan harinya 😂😂

Balik jer dari makan, terus akan bancuh minuman fiber untuk detox kembali segala bahan yang telah dimakan tadi. 


Image result for jalan2 cari makan


Kesimpulannya, hidangan yang disediakan memang seratus peratus gagal memenuhi selera pelanggan. Akak melihat juga meja sebelah, ada beberapa hidangan terbiar begitu sahaja tanpa dihabiskan. 

Tidak dinafikan pengaruh media amat penting dalam mempengaruhi sesuatu perniagaan, namun tak perlulah  meletakkan harapan terlalu tinggi jika sesebuah restoren itu telah tersiar dalam mana-mana rancangan tv. Restoren ini pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan oleh TV3, dan beberapa minggu kemudian dalam MHI pula. 

Buat pemilik restoren TEMPAT MAKAN LESEHAN, anda perlu memantau setiap menu yang dihidangkan setiap hari agar menepati setiap aspek piawaian perniagaan anda.  Tidak perlu terlalu mengejar berapa banyak keuntungan kerana kepuasan pelanggan itu lebih penting bagi memastikan perniagaan anda bertahan lama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...