Jumaat, 4 Disember 2015

Swedish Meatball ala IKEA

Salam... hari2 cuti sebegini, asyik fikir jer nak masak apa kan?? So hari ni CK cuti makan nasik... buat sesuatu yang lain la sikit.

Minggu lepas CK ke Cheras, hajat hati nk beli meatball kat Ikea yang baru bukak tu, TAPIIII.... Ya Ampun...ramainya orang.... akhirnya kami gi jalan tempat lain laaaa....







Dan...semalam plak, CK beli  la set meatball kat satu gerai dalam taman perumahan Puncak Jalil ni... adussss... tak sanggup nk snap gambar...OUT langsung !!  dah la guna meatball ramli burger...kuahnya hanya rasa garam dan tepung jer... diletakkanya kobis racik dan dipancut mayonis...nahhh...makan laaaa.... ermmm.... 

BAHAN-BAHAN MEATBALL
500 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar – cincang halus(*)
1 sudu besar mentega(*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar atau 
mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu besar bread crumb – kisar halus
30 ml susu segar
1 biji telur

Cara-cara
1) Tumis yang bertanda (*) sehingga keperangan dan ketepikan buat sementara.
2) Satukan bahan-bahan yang lain dan gaul rata. Masukkan bawang yang telah ditumis dengan butter. Uli sehingga sebati dan bulat-bulatkan ikut sebesar mana yang kalian suka.
3) Guna kuali non-stick, masukkan sedikit mentega dan masak dengan api sederhana. Tutup kuali supaya masak rata dan balik-balikkan bebola daging sehingga masak.
Jangan buang mentega dalam kuali – digunakan untuk membuat sos.

Bahan-bahan kuah
lebihan mentega
2 cawan stok ayam
2 cawan krim whipping(*)
1 sudu besar kicap cair
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada hitam
bancuhan air dengan 1/2-1 sudu besar tepung kentang untuk memekat
garam atau gula – tambahan kalau kurang rasa

Langkah-langkah:
1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) Didihkan dan rasa secukupnya baru masukkan (*). Didihkan lagi selama satu minit dan kecilkan api. Masukkan bancuhan tepung sedikit-sedikit. Jangan terlalu pekat.
Boleh tambahkan jem lingon atau jem campuran buah-buahan bersama-sama kentang.
Pasti terangkat!



This one is better than i bought yesterday... but cannot compete IKEA... hahahaha 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...