Sabtu, 7 Jun 2014

Kek Minyak

Salam... sekejap jer masa berlalu. Anak2 ada 1 minggu jer lagi bercuti. Pastu masuk sekolah balik...huhuhu....mcm tak sempat jer, pastu dah nak puasa dah


Kek ni CK buat untuk sarapan pagi. Masa mula2 tengok resipi tu mcm senang jer...tp tak terlintas plak nk buat. Bila dh cuti sekolah ni, stok makanan sentiasa kena ada atas meja. Jadi buat la kek ni. 

Bahan
1 cwn minyak
2 cwn tpg gandum
1/2 cwn gula
1 cwn susu pekat manis
5 biji telor
1 sudu besar ovallet
1 sdt baking powder
1 sdt garam



Cara-cara
satukan semua bahan cecair dalam mixer dan pukul hingga kembang/gebu/putih. Kemudian masukkan tepung perlahan2, kaup balik.
Dah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Letak dlam loyang dan sedia dibakar/kukus
Jika bakar, suhu 180'c, selama 45 minit
kalo kukus, biarkan dia selama sejam. 


Disebabkan struktur kek yang lembut, gebu dan sedap, maka sebelah petanggnya CK buat sebijik lagi. Kali ini untuk sepupu kat Shah Alam plak. Yer la, CK ni kalo bertandang ke rumah orang, rasa tak lengkap kalo tak bawak buah tangan sekali.

2 corat coret:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Di FB pun tengok kek minyak.. Di blog pun tayang kek minyak.. kena cuba juga ni CK.. ;)

Wattie berkata...

Akhirnya Kek minyak pun berposing di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...