Rabu, 1 Januari 2014

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2014

Entri pertama di tahun baru ini... CK buat apam gula hangus... cewahhh...azam baru nk lebih rajin tahun ni... hahahaha....


Bahan2
150g Gula Castor 
100ml Air panas 

70g Mentega ~ dicairkan 

75ml Susu cair 
1 biji Telur ~ dipukul sedikit 
150g Tepung gandum 
1 sudu kecil Bicarbonate Soda ~ Ayak dengan tepung
Secubit garam ~ 
60g Gula Castor


Cara Menyediakan
1. Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit. Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan.
Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk. Sementara tu bolehlah panaskan kukusan.
2. Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata. 

3. Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata. Jika adunan berketul2 boleh ditapis atau guna mixer dan putar hingga berkrim. 

4. Tuang dlm acuan kegemaran 3/4 penuh (yang telah dilengser dengan minyak masak) dan kukus hingga masak anggaran 13 - 14 minit (bergantung saiz acuan).



Adunan CK ni cair sikit kot, sbb tu bentuk acuan tu tak brapa nk menjadi...ntah laa...  Keluar jer dr pengukus, terus cungkil keluar...anak2 dah tak sabar nk makan


Apam ni super marbeles...tp bentuk jer tak brapa nk mengikut corak acuan...takpe...bukan nk jual pun :p

3 corat coret:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Bagus azam tu CK teruskan kerajinan tu... dah lama tak mkn apam gula hangus ni biasa akak beli je... nanti nak cuba buat pulak ..
Selamat tahun baru 2014 CK ;)

cikla berkata...

lama tak menempel di sini..ck nanti ela nok wat gaklah apam ni...nampak sedap

mama sara nur berkata...

Assalam Ck
Wah azam berazam ye, insyaallah moga tercapai kelak
Sedap apam ni, kita suka sb ada kelapa he hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...