Sabtu, 4 Januari 2014

Aneka Bun yang lembut

Salam.. 

Meroti lagik?? yer.. kat rumah ni kalo bleh, hari2 nak meroti.. anak2 suka makan roti (buat masa sekarang laaa ) esok lusa dah jemu, sure takmo dah


Seronok sebenarnya meroti ni...boleh buat pelbagai jenis bentuk... tp hari ni CK malas nk main2 dgn adunan tu... utk roti kacang merah ni, CK buat bentuk bunga jer.. jadi laaa...


Roti kacang merah dan roti sosej. 


Untuk kali ini, CK cuba resipi ni plak

Resipi
500gm tepung roti
250ml air sejuk
80gm marjerin/butter
1 bj telur A saiz - dipukul ( keluarkan dlm 1 sb utk glis atas roti)
85 gm gula halus
30 gm susu tepung
1 paket yis (11 gm)
Optional : 4 gm bread softner
                4 gm bread improver

Cara-cara
Ni cara CK lah yer.. masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker, setting "dough" dan tunggu hingga siap.
Biar kembang dan tumbuk untuk keluarkan angin.
Bolehlah dibentuk dan diletakkan inti
biar naik sekali lagi sebelum dibakar dalam suhu 180'c selama 13 minit

 Roti bunga kacang merah

Chicken mayo bun 



Ok..sampai sini dulu...esok CK meroti lagi !! hehehe 

6 ulasan:

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum CK..
Lamanyaa nadz x merotiii...nak tu..nak tu...nak yg ada sosej tuuu....boleh??

Unknown berkata...

sedapnya roti homemade..bleh makan panas2 tuu

izahdaut berkata...

wahh sedapnya roti. nak tiru apam kat bawah tu. anak2 sukee..tq kak :)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Noorma...klu dpt mkn roti panas2 yg baru kuar oben mmg bestkan..hihi
Selamat tahun baru 2014 ya

Rohah berkata...

Macam2 ada..menarik

Wattie berkata...

Salam Maulidur rasul CK,
Tahun ni tahun meroti nampaknya, merata2 nampak roti, elok kejadiannya tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...