Sabtu, 29 Disember 2012

Hokaido Chiffon Cupcake

Salam...aik? ada lagi entri? hehehe...hari ni CK rajin sikit, baking kek Jepun ni untuk minum petang. Dah lama teringin nk buat tp tak kesampaian, sampai la dua hari lepas, masa pegi Kings Confectionery, nampak la diorang promosi cupcakes ni, rm10.00 utk 4 bijik ( 1 kotak).  Dan bila beli 1 kotak tu, dah tentulah lekat celah gigi jer...so Jebat sound suruh buat sendiri jer supaya anak2 puas makan. Iyolah..mama kan teror surf internet utk cari respi !!


Resipi cilok sana sikit, sini sikit, alter sendiri. Punya la nk cepat, sampai CK lupa masukkan baking powder, tp takpe, kek yang menggunakan kaedah meringue ni tak pakai BP pun takpe..kek tetap lembut dan gebu. Tapi lepas masak dia kecut sikit laaa....tp apa kisah kan...sendiri nk makan, bukan nk jual pun.

Bahan A
2 Biji kuning telur (saiz AA)
25gm gula 
1/2 st esen vanila
25gm susu cair
20gm minyak masak
40gm tepung
6gm susu tepung
15gm tepung kastard
1st baking powder

Bahan B
2 biji telur putih (saiz AA)
1/2 st cream of tartar/jus lemon


Caranya ialah;
Panaskan oven 170 darjah celsius.
Pukul kuning telur dan gula hingga sebati, tambah esen vanila, susu dan minyak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Dalam bekas lain pukul putih telur hingga meringue
Ambil 1/3 dari adunan telur putih masukkan dalam adunan kuning telur dan kaup balik
Ulang sehingga adunan putih telur habis.
Masuk dalam bekas dan  bakar dalam oven selama 20-30 minit, suhu 180'c, atau hingga atas kek perang/cucuk ngan lidi dan tarik keluar lidi tu bersih jer
Sejukkan dulu kemudian,
Masukkan kastard di tengah2nya. Boleh hias dengan dusting sugar / gula aising biasa



Bahan Kastat
1 sudu besar tepung gamdum
1 sudu besar tepung jagung
1 sb tepung kastat
4 sudu besar gula
1 cwn susu cair
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila


*** Aduk rata semua bahan kecuali mentega, tapis dan masak hingga pekat. Sebelum tutup api, masukkan mentega. Siap !!




Keknya gebu dan sehalus baldu, lembut dan sejuk. Makan dengan kastat tu lagilah sedap !!

9 ulasan:

PH berkata...

Comel dan sedap!

IeRA berkata...

sedapnya...

faa.rosli berkata...

nyumnyum..dah lama nak buat tapi takut tak menjadi..huhuhu

Hafizah Mohamad berkata...

sedapnyer CK...la ni nak makan x yah pi terbang ke Jepang dah...pi umah CK ja....he he he

Amie berkata...

Betullah CK... kalau beli bila makan buat taik gigi je.. baiklah buat sendiri tapi kita belum pandai nak buat... tengok resepinya di sini dulu ahhh...

Rohah berkata...

kek ni pun dah lama jd igauan kita, belum sampai masa utk dibuat,mmg q memanjanglah jadinya..

IdaShazana berkata...

kenapa aku rasa kek ni macam kek butter je

INA berkata...

Salam CK...cantik hokkaido chiffon mu itew..ada lagi x?..ina ambik resepi nie ye.

zila norazila berkata...

salam CK
cantik2..syg pulak nk makan..kita asik amik resepi jew tp x buat2 lagi nie..enth bila nk rajin:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...