Selasa, 4 Disember 2012

Puff Ayam Cendawan

Salam..

Hari ni tayang puff ayam plak ye, yang hari2 CK buat kerana memenuhi permintaan pelanggan. Selain puff ayam, pelanggan juga minta puff epal. Biasanya diorang minta dua jenis ...ada la kelainan rasa 

Dan, disebabkan Jebat tak balik makan tengahari, so hari ni tak payah masak nasi. Untuk anak2 CK sediakan pasta. Ada plak lebihan buat puff ni. So jalannnn !!! 

Kalau dulu CK beli jer instant pastri, tp sejak dah niaga ni, mana tahan nk beli. Takde untung ler....
Tapi bagi yang nk makan2 sendiri kat rumah, boleh la beli jer kulit pastri segera di pasaraya. The best- jenama KAWAN.

pastri yang berlapis2.. nk membuatnya ambik masa la jugak. Tapi seronok bila lihat hasilnya semasa membakar. CK belajar buat kulit pastri ni dari seorang adik di Kolej Culinari (penyewa rumah CK )

Ok...hari ini CK kongsi resipi inti ayamnya. Nk letak inti daging pun bleh. Terpulang pada citarasa masing. Kalo dimasukkan telur rebus lagi la sedap !!

Bahan Inti :
  • 1 keping daging ayam (bahagian dada) - dipotong dadu
  • 1 biji kentang - dipotong dadu
  • 80 gram cendawan tiram - dipotong dadu
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dibuang biji dan hiris nipis
  • 1sudu teh serbuk ketumbar*
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih*
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan semua bahan bertanda * kacau sebati.
  3. Masukkan kentang dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
  5. Masukkan cendawan, garam dan gula,  kacau sebati.
  6. Kecilkan api, masak hingga kering.
  7. Masukkan daun bawang dan cili merah, kacau balik-balik.
  8. Tutup api, biarkan sejuk sebelum dibuat puff.


 Ok...puff dah siap. Dan puff ini juga boleh difrozenkan. Nk makan, cuma panaskan 5 minit dalam oven. So inilah satu-satunya produk frozen foof yang ada sekarang ni. Karipap, cobadak sume CK dah tak terlayan, sbb takde masa nk buat. 
Pemintaan untuk frozen food memang tinggi (mungkin harga CK yang termurah di pasaran) tp faktor masa dan tenaga kerja membuatkan CK terpaksa 'stop' dulu membadak dan mengkaripap. ... tp untuk puff masih diteruskan.



 Ok...sampai sini dulu.

3 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedapnya tengok Puff tu... bolah akak cuba ni :D

Mas berkata...

minta izin share resepi yerk kak..
lama dah teringin buat puff ayam gini...
terliur betoi nengoknya..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam CK..
betul kata CK frozen food mmg byk permintaan cuma kita tak menang tangan kan? dulu2 sy pun ada buat karipap frozen.. tak terdaya nak buat je sbb waktu yg terhad. harapkan hari cuti dpt buat lebih.. kalau hari kerja tak dptlah buat byk2. tambah skrg dah tak boleh berjaya lewat.. dulu2 tak kisah leh berjaga sampai kul 2, 3 pagi pastu esok nak kerja pulak.. now kalau tak cukup tidor kepala pusing2.. maklumlah dah ada penyakit ni mcm2 le pantang larangnya.. hehe.. nampak sedap benor puff tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...