Lama tak mengap'date'... so hari ini jamu muffin lobak merah dengan haruman kayu manis di dalamnya. Wangi, sedap dan lembut di dalamnya
Kali ini CK buat versi senang. Semua bahan2 basah dimasukkan ke dalam blender Magic Bullet, dan kisar sampai halus. Kemudian, sebatikan dengan tepung...letak dalam papercup, dan bakar !! cepat dan ringkas....lebih cepat dari masak goreng pisang atau cekodok.
Carrot Cinnamon Muffin
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan
Bahan A
Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sk soda bicarbonat
1/2 sk soda bicarbonat
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
Bahan B
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula- boleh kurangkan gula jika tak suka manis
Bahan B
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula- boleh kurangkan gula jika tak suka manis
1/2 cawan lobak merah di potong kecil
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. Satukan bahan kering (bahan A) Ayak tiga kali. Masukkan dalam besen/bekas
2. Masukkan semua bahan2 basah ke dalam blender. (bahan B)
3. Putar dalam 2-3 minit. (sampai gula hancur )
4. Buat lubang pada tepung dalam bekas tadi
5. Curahkan bahan yang dikisar ditengah2 lubang tadi. Kaup dan balik (jangan overmix, sekadar bergaul jer)
6. Masukkan dalam papercup, tabur choc rice/badam flakes dan bakar

Lihatlah kegebuan mapin ni... best.. garing diluar, lembut di dalam
Tak sempat nk bancuh air kopi, mapin dah selesai masuk perut...tp CK sempat selamatkan 2 bijik utk Rayyan yang terlelap depan tv
Oh...senangnyer buat muffin untuk minum petang !!
2 ulasan:
assalamualaikum Ck wala..mmg npk gebus dlm nya semudah ABC yeee bhnpun simple...tq kongsi
Sedap ni...kalau guna cinnamon memang sentiasa wangi jer...pagi2 mcm ni sesuai pekena minuman panas...menarik.
Catat Ulasan