Khamis, 4 Oktober 2018

Pengat Labu Bersagu

Assalamualaikum

Pengat, serawa atau bubur memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut. Hari ini merajinkan diri buat pengat labu. Ada sebelah labu kuning yang diberi minggu lepas dari pasaraya. Setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tiada siapa memberi perhatian. Kesian jika dibiarkan terus merosak di dalam peti itu. 


PENGAT LABU

 Bahan-bahan 
 sebelah buah labu gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda) 
 secubit garam 
 2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi) 
 secawan air daun pandan 
 1/4 cawan sagu 

Cara-cara 
 Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak. 
 Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. 
Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. 
Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak. 
 Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa/Pengat labu siap untuk di hidang. 
Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk



    Namun hari ini CKak agak rajin. Sagunya tidak dicampur sekali ke dalam kuah. Ckak kukus asing sagunya seperti membuat sagu gula melaka. Setelah masak dan sejuk, sagu dipotong dan dimasukkan ke dalam bubur. 

    Ok...sampai sini dulu. Jumpa lagi

    Tiada ulasan:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...