Khamis, 6 September 2018

Almond Popcorn

Salam 

Alhamdulillah, along pun dah selesai minggu orientasi. Sebelum gi ambil dia, CKak sempat la buat popcorn ni. Konon untuk makan2 masa nk tunggu dia, tp terlupa bawak plak. Kelam kelibut nk ambil Rayyan di sekolah, siapkan bekal dia, terlupa semua. 

Popcorn ala Garret kononnnn nyer.... ye lah, CKak suka makan popcorn Garret tu kalo ke KLCC. Namun, rasa dan harganya tidaklah seperti popcorn Golden Screen Cinema. Garret lagi sedap 10 kali ganda. Hahahahaha 


Ok lahhh... jom kita buat popcorn sendiri. 

 Resepi Popcorn Caramel
 ================== 
 Bahan-Bahan : 
 ✔️ 1/2 cawan biji jagung popcorn (CK guna mushroom popcorn)
✔️ 1 sudu besar minyak jagung (minyak sayuran pun boleh) 
✔️ 1 cawan badam (nak guna walnut, macadamia, gajus, kacang tanah pun boleh) 

 Cara-Cara
 ✔️ Panaskan minyak dengan api yang kecil dalam periuk besar. 
✔️ masukkan 2 biji jagung popcorn, tutup periuk. Tunggu popcorn 'meletup', bila ketiga-tiga dan 'meletup' masukkan kesemua biji jagung popcorn, tutup periuk. 
✔️ Goncang-goncangkan periuk supaya minyak menyelaputi biji jagung popcorn. 
✔️ Tunggu sehingga 'letupan' berhenti, bermakna kesemua popcorn sudah siap. 
✔️ Tuang popcorn ke dalam mangkuk besar. Tuang badam. Tuangkan 2 cawan sos karamel pastu gaul sebati. 
 ✔️ Tuang adunan popcorn ke dalam dulang. Preheat oven ke 120ºC. 

✔️ Bakar selama 1 jam. Keluarkan dan gaul setiap 10 ke 15 minit. 
kalo xmo bakar pom bole, terus ngao hehe 


Ok ni resepi buat sos caramel 

 4 sudu besar mentega 
1 cawan gula perang 
1/2 cawan heavy cream 
1 sudu besar esen vanila 
1/2 camca garam 

Satukan cream, gula dan mentega ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. (Untuk menjadikan resepi ini sebagai sos salted caramel, tambahkan 1/2 sudu kecil garam). Kacau sebati sehingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan selama 6 minit. Kacau sekali sekala. Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak dan menggelembung, kaco dan masak 1 minit lagi. Tutup api. Biarkan sejuk sikit baru gaulkn dgn pop corn.




Ok... CKak  berikan pula cara-cara masak popcorn menggunakan microwave.  Tak payah guna minyak atau butter. Jimat kannnn !!!

Caranya, masukkan biji jagung ke dalam bekas yang sesuai dengan microwave, kemudian tekan function popcorn. Biarkan...dan siap. Kalau tiada function popcorn, guna cara biasa, pilih masa 1.30min. Jangan lama-lama, nanti popcorn hangus. Dah siap, keluarkan dan letak dlm bekas. Kemudian siapkan caramelnya pula.

Jika suka, anda boleh letak badam, walnut, atau apa jenis kekacang yang suka. Sebab garret popcorn dia kan ada kekacang. So makan pun best jer. Hehehehe......Jangan lupa, bakar kekacang tu hingga masak dulu yer, kemudian gaul bersama popcorn dan caramel tadi. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...