Jumaat, 16 Februari 2018

Spicy Korean Fried Chicken

SALAM... Happy Chinese New Year buat semua yang penganut agama Budha. Yang bercuti pula Selamat Bercuti. OK...disebabkan sambut CNY, CKak tayang la ayam goreng pedas korea ni. 



Kata Jebat, ia sesuai makan dengan nasi putih dan sup kosong. Errrmmm....dah namapun resepi orang korea. Takkan nk digandingkan dengan masak lomak cili padi keli salai?? hahahahahaha


Spicy Korean Fried Chicken
BAHAN2
Ayam - potong ikut suka saiz dan bersihkan (lagi sedap kalo guna kepak, peha)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – kisar halus
1 inci halia – kisar halus
Garam secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. 
Renjis2kan dengan air. 
Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung. (Bab ni Ckak guna jer Tepung Bistari)
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat dan toskan.
Ketepikan.


BAHAN SOS
3 ulas bawang putih – cincang halus
6 biji cili padi - potong kecil
1 sudu kecil serbuk cili – jika nak lagi pedas
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya - disangai

CARANYA
Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan perang
Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata
Angkat dan hidangkan. 
Taburkan bijan yang telah disanggai

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...