Jumaat, 26 Jun 2015

Murtabak Leftovers

CK namakan ia murtabak Leftovers coz sebab ia menggunakan lebihan kari ayam/daging yang ada di dapur. Tak perlu nk masak inti dll.... ia sememangnya juadah yg mudah disediakan.

Apa yang penting, perlu ada

* Instant Paratha
* Kari Ayam/Daging
* Telur
* Bawang
* Sayur2 jika suka (CK suka letak kobis yg diracik halus, daun sup dan daun bawang)


Mula2, isi ayam disiat halus. Ambik sikit kuah kari tu. Letak dalam mangkuk
Pecahkan telur 2 bijik.
Tambah bawang besar yg dipotong dadu dan sayur2 jika suka.
Perisakan dengan garam.
Gaul semua bahan dan ketepikan

Ambil sekeping roti paratha (dinyahbekukan dulu)
Letak di atas papan canai yg diratakan sedikit minyak masak
Tekan2 sikit paratha hingga menjadi nipis dan lebar
Letak inti ayam yang disediakan tadi.
Bungkus cantik2 dan pindahkan ke kuali leper
Masak hingga garing/inti dalamnya masak

Kuah bawang merah
bawang merah
gula
cuka
pewarna merah
air panas
**satukan semua bahan, dan biarkan sekejap.


SENANG KAN?? SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...