Khamis, 25 Jun 2015

Bubur Som Som

Salam..

Dessert ramadhan, bubur som-som...sekali pandang mcm lompat tikam pun ada, cuma takde pulut merah jer....


Bahan-bahan
Bahagian putih
1 cawan tepung beras (keluarkan 1 sb dan gantikan dgn 1 sb tepung jagung)
4 cawan air
1 cawan santan Kara
sedikit garam

Satukan semua bahan, dan kacau di atas api perlahan sehingga naik gelembung2 kecil (meletup)
Pindahkan ke bekas lain, biarkan sejuk

Bahagian Hijau
1 cawan tepung beras (keluarkan 1sb dan gantikan dengan 1sb tepung jagung)
4 cawan air
1 cawan air daun pandan
1sb air kapur
2sb gula

Satukan semua bahan dan kacau di atas api perlahan hingga naik gelembung2 kecil. Sama seperti bahagian putih. Dan masak, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nk hidangkan, potong bahagian putih dan hijau, masukkan ke dalam mangkuk dan tuang air gula. Sedia dinikmati


Air gula merah
Gula merah
Gula putih
daun pandan
Air

masak semua bahan2 ini hingga mendidih. Keluarkan daun pandan dan tapis.




*** sorry, gambar dr hp je

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...