Sabtu, 1 Ogos 2009

Pizza Datin El

Buat pizza petang ni. Dah lama budak2 tu tak makan pizza, asyik tengok gambo dalam tv jer..sian.. Resepi ni dapat dari umah Kak Ummi Kuantan. Asalnya dari Datin Vouge, Datin El...thanks yer datin....

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)
-250 gm high protein flour
-250 gm low protein flour
-3 sudu besar butter
-1 sudu makan gula
-1 paket yis (11 gm)
-sedikit garam
-1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)

Cara Membuat Base:-
-Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
-Masukkan butter dan gaul rata.
-Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
-Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
-Rehatkan selama 30 minit.
-Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
-Letakkan topping pizza.

Bahan Sos (Topping):-
-1 tin kecil tomato puri
-1 biji bawang besar - potong dadu
-3 ulas bawang putih
-gula secukup rasa
-garam, pepper dan oregano
-2 sudu besar minyak zaitun - utk tumis.
-sedikit sos cili dan sos tomato - (*ummi tambah bahan di bawah ni)
-200 gm daging kisar
-7 - 8 biji button mushroom - belah 4 atau 6
-3 batang sosej - hiris kecil-kecil
-1/2 biji capsicum merah - tabur atas pizza
-1/2 biji capsicum hijau - tabur atas pizza
-1/2 tin kiub nenas - tabur atas pizza
-mozarella cheese secukupnya - untuk tabur

Cara Membuat:-
-Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
-Masukkan bahan lain, kacau sebentar.
-Masukkan daging, button mushroom dan sosej. Kacau hingga masak. Seimbangkan rasa.
-Angkat dan sejukkan.

Cara Menyediakan Pizza:-
-Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit sos cili dan sos tomato. Ratakan dipermukaan base.
-Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain).
-Taburkan capsicum merah dan hijau serta nenas.
-Akhir sekali taburkan mozarella cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit.
-Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.




2 ulasan:

Unknown berkata...

salam noorma..cam sedap aje pizza ni..

tahniah lagi sekali..kiranya nak bersalin kat bangi lah ye..check up kat situ jugak kan..best kan bila dah lama tak mengandung..tiba-tiba dapat rezeki..

Cendana Kasih berkata...

Kak Ina KL - mmg best pizza ni akak, cubalah...thanks,,cadang tu mmg nk check up dan bersalin kat Az- Zahrah tu..senang, dekat dengan umah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...