Scammer Makanan
Ni luahan rasa curahan selera yang kecundang dek kerana perkataan 'viral'
Al kisah, CKak pergi la makan kat satu kedai yang 'dahulunya' viral kerana kesedapan ayam gorengnya. Nama ala2 arab ini membawa maksud yang amat baik.
Asalnya kami dah puas cari kedai makan, akhirnya nampak satu kedai makan yang cantik dek kerana hiasan lampu kerawangnya yang mewah. Hahaha....
Ckak memang tak boleh makan banyak. Apatahlagi tak suka makan nasi. Order la set bubur ni. Didatangkan dengan ayam goreng. Tapi CKak terkejut kerana di dalam buburnya semata-mata bubur kosong dan isi ayam. Tiada rasa halia. Malah tiada juga hirisan daun bawang mahupun bawang goreng. Rasanya kalau bagi kat orang sakit, bertambah tak selera orang tu makan. Huhuhu... OUT sungguh !!!
Nasi arab mandhi ni memang kegemaran abang aji, tp yang ini...masyaalah...tabarokallah...... TASTELESS. Sup dia ada campuran lobak putih gamaknya. Bau menyengat
Ayam tiada rasa. Hanya letak garam dan pewarna merah. Salad tu semata-mata potongan timun dan bawang.
Ayam tiada rasa. Hanya letak garam dan pewarna merah. Salad tu semata-mata potongan timun dan bawang.
.
Kami berlapang dada. Mungkin itu rezeki yang Allah dah tetapkan buat kami,iaitu makanan tak sedap. Alhamdulillah, perut beralas. Tapi untuk repeat lagi, tidak sekali-kali.
.
Di sini CKak bukanlah nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, kerana Ckak tak reveal pun nama kedai, malah tak ambil pun gambar sekitar kedai. Tapi CKak nak beri nasihat sikit laaa,
1. Kalau nk niaga makanan, pastikan kita expert tentang makanan itu. Maksud di sini, bukan saja ia sedap di tekak kita, tapi sedap pada tekak orang lain juga. Belajar memasak dan tau penggunaan bahan-bahan sebenar. Bukan main sedap tambah itu ini hingga menjejaskan rasa asli resepi itu. Contohnya, kuah blackpepper untuk steak, jangan pula diletakkan serai, cili padi dan lengkuas. Haaa...gitu la maksudnya.

2. Panggillah kawan-kawan dan jiran untuk beri komen tentang masakan kita. Macam CKak dulu, sebelum niaga roti, CKak ambil masa 6 bulan untuk bereksperimen dan bagi free sample pada kawan-kawan dan jiran-jiran. Kita jangan minta mereka puji, namun minta nasihat akan penambahbaikan.
.
Kesimpulannya, semua orang mampu berniaga, namun hanya orang yang hebat dan berjiwa kental sahaja akan bertahan lama.
Sekian, terima kasih.
.
.

Ulasan