Ahad, 3 Januari 2021

Makan best di Kulim

Assalamualaikum.
Cuti tahun baru ni, CKak luangkan masa bersama family di Kulim. Abang Ckak dok kat  kampung Malau, Kulim. Ada yang kata di daerah Baling. Tapi kalau nk cari mana kampung Malau ni, hangpa search la Sedim Tree Top Walk, yang mempunyai jambatan gantung tertinggi di dunia. Haaa....glamour kannnn !!!

Perjalanan dari KL Kulim cuma 4 jam masa pegi, sebab CKak bertolak lepas subuh. Itupun R&R penuh, dan kami cuma makan dalam kereta. Mujur CKak dah siap buat bekal bihun goreng,😅 Kalau nak makan di hentian, alamatnya beratur panjang laaa.
 

 
Ok.. juadah pertama ialah kuih Pak Tongko kata orang Kedah. Tapi di KL kita panggil Cakoi. Beli di pekan Labu Besar Kulim. (pekan labu besar ni dekat area rumah abang CKak dah)

Kat sini tak susah nak cari juadah minum petang, macam pasar malam keadaan penjual yang menjual aneka makanan dan minuman. Harga kuih pula 3 biji rm1. Murah kannn ! Cakoi tu plak 4 keping rm1. Rambang mata masa beli. Sedap cakoinya, dimakan bersama kuah kacang. 

Ok.

Tapi sebelum tu anak² buah CKak bawak mak sedara ni ronda bandar Kulim. Pi kedai kain la, kedai saka la sampai letih. Akhirnya CKak minta depa bawak gi makan. Anak sedara tanya, ”maksu nk makan apa?” Fikir punya sikit, teringin nak makan Abc dan cendoi. Berdezup anak buah bawak pi kedai 🤣




Kami singgah makan di Bismillah Cendol Kulim, sebuah kedai yang telah lama beroperasi, dan kini dah ada restoren sendiri. Mula² sampai, perghhh...penuh kedai dia. Tunggu sat, nampak satu family bangun, terus kami pi cop meja tu 🤣🤣 (cop means booking table tu laaa)  



Kami nak order Pasembor tapi habis la plak. So anak buah order mee goreng. Sedap mee goreng dia. Penuh kriuk kriuk.


Ni mee rebus . Pun sedap jugak.



CKak order kuetiau goreng. Pun sedap..adusss semua sedap laa


Cendol jagung, cukup lemak dan manisnya ala kadar jer.



Nin diaaaa... ABC, perghhh...sedap tak bleh nak habaq oiiii... 
Rasa manis-manis buah jer. Sesuai la untuk CKak yang tak ambil gula dlm minuman harian.Suapan pertama pun dah falling in love. Adoiiii Kalau dekat rumah, mau CKak hari² order ABC ni🤣



OK...sampai sini dulu lah... dan hari ni (Ahad) CKak dah pun pulang ke sarang (KL laaa). Entah bila dapat balik lagi. Kali terakhir balik ialah sebelum raya haji tahun lepas. Lepas dikenakan semula PKPB, langsung tak dpt balik, dengan kesibukan kerja dan keluarga. 
    
Dan esok, mulalah kerja semula. OK...dahhhhh !! BYE-BYE !!



3 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Nampak sedap2 kejadiannya

mama sara nur berkata...

dari kg kita dkt 2 jam sampai Kulim
last ke sini 3 tahun lepas kot

Hayati Suki berkata...

ABC tu sedap :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...