Jumaat, 12 Jun 2020

Apam Nasi

Assalamualaikum.. Apa khabar.. Lepas raya baru CKak jelma balik kan? hahaha...sibuk laaa.. Ok hari ni ada Apam Nasi. Kami memang suka apam, takde kelapa pun boleh jer balun sampai licin. Hehehe




RESEPI APAM NASI 

2 cwn Nasi 2 1/2 cwn Air 1 1/2 cwn Gula 2 cwn Tepung Beras 2 cwn Tepung Gandum 1peket kecil mauripan @ Ragi instant.. (yis)

Mula-mula kisar nasi sejuk bersama gula dan air. Pastikan benar-benar halus
Kemudian tuang adunan tadi ke dalam bekas besar (nanti yis kembang )
Masukkan tepung dan bahan-bahan lain. Kacau sebati

Perap sejam
Bahagikan adunan untuk diwarnakan
Masuk ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak
Kukus 12 minit
Siap




OK. selamat mencuba !! 

3 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

salam
cantik warna warna apam nasi

ANDAIANNYA berkata...

Nak try lah nanti..Kejadian apam pun nampak cantik

ASTraveller berkata...

Salam singgah dan follow sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...