Selasa, 24 Mac 2020

Pulut Kuning dan Ungkep Ayam


ASSALAMUALAIKUM !!! 

 Kami masih lagi ber'kuarantin' di rumah. Nak order makanan dari Food Panda pun takut. Nak keluar rumah lagilah, semua jalan keluar ada kawalan. Arahan dipatuhi. 



OK.. hari ni CK share resepi ungkep ayam yang sedap ni. Dapat dari perkongsian di Facebook. Errmm...sedap juga.

Sebelum ini CK ada kongsi resepi ungkep, tapi resepi yang ini ada penambahan segala jintan. Rasanya pun sedap. 






Dah masak ungkep mesti ada member dia kan?? nah, pulut kuning lah. Minggu lepas sempat kirim dari jiran sebelah yang buka kedai runcit. Senang kami nk beli barang. 


Image may contain: food

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor (asam keping)
3 helai daun limau purut

sedikit air 
2 senduk minyak
garam, gula secukup rasa

Bahan ini disangai sebentar dan ditumbuk kasar
1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar 

Bahan dikisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk)
3hiris lengkuas (boleh skip jika tiada)

2 batang serai
20 biji cili padi (boleh kurang atau tambah ikut rasa masing-masing)
2 biji buah keras



Image may contain: food

Cara-cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis bahan yang disangai bersama bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.

Kemudian, barulah dimasukkan ayam dan bahan-bahan lain. Boleh tambah air jika suka. Biarkan kering. Sesuaikan rasa dan siap

Image may contain: food


Ok.. resepi pulut ni CK suka buat cara Bonda Rozita Ibrahim, pengasas JRM tu. Caranya senang sangat. Pulut tidak perlu direndam pun


Terlebih dahulu, beras pulut hendaklah dibasuh dan toskan.

Sediakan satu kuali ikut banyak mana pulut yang kita sediakan. Masukkan santan, kulit kayu manis dan halia. Halia di sini berfungsi untuk kurangkan angin lepas makan pulut tu

Jangan lupa tambah garam dan sedikit gula. CK pernah makan pulut kuning kat rumah novelis terkenal Ana Balqis, sedap pulutnya manis berlemak. Dari situ CK start masukkan gula dalam pulut kuning.
OK.. dah mendidih santan tu,  masukkan beras pulut yang dicuci tadi. Kacau sekejap dan biarkan. Kemudian tutup api. Biar pulut meresap santan tadi.

Dah kering, pindahkan ke dalam pengukus, dan kukuslah hingga masak. SIAP

Kalau rasa kurang lemak, boleh tambah lagi santan lepas siap kukus. Masukkan 1 sudu minyak masak agar pulut nampak berkilat. ðŸ˜ŠðŸ˜Š


Image may contain: food


OK, SELAMAT MENJAMU SELERA !!

2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Pebret wak ayam ungkep ni.

Cendana Kasih berkata...

Ya wak, kami sekeluarga pun suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...