Selasa, 8 Mei 2018

Kari Telur Mayong

Salam... minggu depan kita dah nak puasa kan? tibalah masanya isi stok kat dalam peti ais tu. Hahahaa...minggu lepas CK ke Kuala Selangor, beli  lauk-lauk. Kalau ke sana, memang tak sah jika tak beli telur ikan mayong ni. Harganya takyah cakap laa, pejam mata jer membayarnya... hehehehe 


Biasanya jika beli telur mayong ni, CK suka buat kari jer. Campurkan skali dengan kepala ikan jenahak. Buat kari pekat2 sikit. Adoiii...menambah la makan nasik. Hahahaha 


Ramai yang tanya, mcam mana telur ikannya elok jer bulat, kadang2 semasa dimasukkan ke dalam kuah kari, telur tu pecah dan kuah menjadi pekat. Haaa...ni petuanya. Celur dulu telur ikan tu dalam air panas. Lebih kurang seminit dua. Toskan airnya dan barulah dimasukkan ke dalam kuah masakan. Insyaalah, telurnya tidak hancur. Selain itu, kari kita pun takde la bau hanyir sangat bila kita celur dulu telur ikan tu 



Jemput makan dulu ye !! Ni untuk Rayyan yang nak pegi sekolah petang. Biasa dia makan pukul 10 pagi. Hehehehehe 

2 corat coret:

Amie berkata...

Ya Allah! Rindi nak makan telur ikan mayong. Kalau balik Jeram, selalu beli di Pantai Remis.

Warisan Petani berkata...

Sedapnye telur mayung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...