Isnin, 9 April 2018

Kek Coklat Moist Paling Best

Hari ni dalam malas ada sedikit rajin , hahahaha..... dah lama sebenarnya tak buat kek coklat untuk family. Selalu buat untuk jualan dan tiada pula berlebih. Kesian kannn....hahahaha....

CK paling suka kek coklat moist versi Kak Izan ni. Dah lama resipinya, diambil dari web MyResipi. Dulu sebelum wujud FB, geng2 masak ni suka la lepak kat MyResipi.

Image may contain: dessert and food

Bahan-bahan
A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
B
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
C
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Ganache
100gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar air panas

Cara-cara
1.Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan (Bahan A)

2.Masukkan bahan C -serbuk koko,gula halus dan air panas
Jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat
Sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.

3.Pukul bahan B - butter dan gula hingga kembang
masukan telur sebiji-sebiji,diikuti esen vanilla. Gaul rata
4.Masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

5.Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

6.Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

7.Untuk moistnya satukan coklat masak, susu pekat manis dan air panas. Cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.


Selamat mencuba.

Image may contain: dessert and food


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...