Sabtu, 17 Februari 2018

Ikan Kering Terbaik, Produk BEKAL


CKak share lagi ikan kering terbaik dan menjadi kegemaran. Semestinya produk dari Bekal. Kenapa CKak asyik promote Bekal ni je?? sebab sedap laaa....tak sedap tak promote hokey !!!! kalau bukan kawan tolong kawan, siapa lagi??? alah, rezeki masing-masing  kannnn?? buat apa nak busuk ati

Image may contain: food

Hari ni CKak tanak pulut dan makan dengan ikan masin ni. Perghhh, marbeles. Kalo ada ubi kayu rebus pun sedap. 


Image may contain: food

Mana nak dapatkan produk BEKAL ni? semestinya dari saudara Zaid, Boleh wassap di talian
dan boleh juga skodeng FB BEKAL yer

Image may contain: food


Jumaat, 16 Februari 2018

Spicy Korean Fried Chicken

SALAM... Happy Chinese New Year buat semua yang penganut agama Budha. Yang bercuti pula Selamat Bercuti. OK...disebabkan sambut CNY, CKak tayang la ayam goreng pedas korea ni. 



Kata Jebat, ia sesuai makan dengan nasi putih dan sup kosong. Errrmmm....dah namapun resepi orang korea. Takkan nk digandingkan dengan masak lomak cili padi keli salai?? hahahahahaha


Spicy Korean Fried Chicken
BAHAN2
Ayam - potong ikut suka saiz dan bersihkan (lagi sedap kalo guna kepak, peha)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – kisar halus
1 inci halia – kisar halus
Garam secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng

CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung jagung dan tepung gandum. 
Renjis2kan dengan air. 
Gaulkan hingga semua ayam tadi bersalut dengan tepung. (Bab ni Ckak guna jer Tepung Bistari)
Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat dan toskan.
Ketepikan.


BAHAN SOS
3 ulas bawang putih – cincang halus
6 biji cili padi - potong kecil
1 sudu kecil serbuk cili – jika nak lagi pedas
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji perahan jus lemon
Garam secukup rasa
Bijan secukupnya - disangai

CARANYA
Tumis bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan perang
Kemudian masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.
Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul hingga semua bersalut rata
Angkat dan hidangkan. 
Taburkan bijan yang telah disanggai

Rabu, 14 Februari 2018

Homemade Sushi

Hari ni dah start cuti kan?? so CKak pun ada la masa yang buat makanan kegemaran si Rayyan ni. Dah lama dia request, sampai seaweed pun dh hampir kering dalam chiller tuh




Isnin lepas beli Ebiko kat Aeon Bandar Tun Hussein Onn, so takbleh lambat2 la buat projek sushi ni. Takut expired plak, naya laaaa. Ok...ni resipinya. Intinya sukati la nak letak apa yer !!

RESEPI SUSHI HOMEMADE
=======================
Oleh : Mamy Scha (Facebook)


CARA MASAK NASI
*******************
Beras sumo 1kilo
Cuka 240ml
Gula 3sudu
Garam

1.beras 1kilo basuh hanya sekali bilas shj.1kilo beras sumo bersamaan 4cawan ikea yg warna warni tu.. air add on extra 1cawan 4+1=5cawan air.
Nasi dah siap masak.. sejukkan dulu
Cuka+gula+garam sikit (masak atas dapur bagi gula larut dgn cuka)
2.nasi yang sejuk tadi masukkan cuka yg dah masak tadi ikot sikit demi sedikit. (Jgn terlebih/jgn terkurang) 50/50 baru sedap 😍.
Bab nasi dah siap 👏
Inti sushi 😍
**********
Ebiko(telur ikan salmon)
Idako(baby octupus)
Tuna mayo
Tuna spicy
Egg mayo
Crab mayo
Crab stick
Tempura prawn(udang goreng tepung)
Chicken floss
EBIKO
-beli dekat aeon mall ada jual pax rm10
-nsk pon ada tempat tertentu
Idako(sotong)
-beli dkt nsk rm82 1kilo
Tuna mayo
-readymade dlm tin (tcboy)
Tuna spicy
-readymade dlm tine(tcboy)
Add on mayonis sdri.
Egg mayo
-telur goreng hancur+mayonis
Crab mayo
-crab rebus+mayo
Crab stick
-rebus and potong 2 . Lepas tu ikat dgn seaweed
Tempura prawn
-buang kulit golek dgn tepung bistari lepas tu celup telur lepaa tu golek dgn serbuk roti. Lepas tu goreng ..
Chicken floss
-readymade . Tinggal letak je atas sushi





Jumaat, 2 Februari 2018

BEKAL

SALAM... hari ini CK share biz kawan CK plak yer. BEKAL namanya produknya. Istimewa sungguh. CK paling suka popia basahnya. Kulitnya diadun sendiri dengan penuh kasih sayang. Tetap lembut walau diletakkan dalam chiller/peti sejuk. Tak basi walaupun setelah 8 jam. Tak percaya, cubalah... CK dah termimpi2 dengan popia ni. Sedap !!!

  Image may contain: food and indoor


~BEKAL: menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan sehingga ke pintu rumah pelanggan~
1. BEKAL Popia basah
2. BEKAL set Ubi kayu rebus+sambal tumis+ikan air tawar masin/kering MADIK


3. BEKAL Bihun goreng Singapore 

4. BEKAL Nasi lemak

5. BEKAL soto dan aneka sup

6. BEKAL "Lunch box"

7. BEKAL pencuci mulut -kuih muih
BEKAL: Anda sebut, kami hantar
BEKAL: You say, we deliver
BEKAL: Urusan Gaya Hidup
BEKAL: A Life Style Business
whatsapp: 017-960 8720 ( Mohd Zaid Ibni Abdullah )
www.wasap.my/+60179608720/BEKAL

CK paling suka ikan masin tu, bila goreng, rangup dan tulangnya pun boleh dimakan sekali. Value for money. Hahahahahaha..... Harga amatlah berpatutan.
Korang boleh order di nombor wassap yang diberikan atau boleh juga melawat page BEKAL untuk keterangan lanjut. BEKAL menyediakan perkhidmatan penghantaran disekitar selangor dan Kuala Lumpur. Insyaalah anda akan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...