Sabtu, 10 Oktober 2015

Ayam Hitam Nasi Kandar dan Rassam Telur

Assalamualaikum...

Juadah tengahari ni, menu ala2 india sikit... teringin nk makan rassam. Lama betul tak makan. Dipadankan plak dgn ayam hitam nasi kandar, papadom dan ikan goreng...pergh...betul2 mcm kat penang !! hehehe.....


Masa cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga ke Penang sbb nk melawat kakak dan abang ipar CK yang tak brapa sihat. Selesai urusan, kami pun singgah la di Restoren Mahboob, namun nasi kandarnya tak seperti yang diharapkan. Kata Jebat, sedap lagi makan nasi kandar di Restoren Haji Tapah Bukit Mahkota Cheras... hihihi

Ok laaa... hari ni, bini dia masak sendiri la plak... papadom tu masa snap gambar, belum sampai rumah...hehehe...kirim kat my jebat suruh beli



Ayam Hitam Nasi Kandar
Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah kari Daging
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air

Bahan kisar 
3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Boleh tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam jika perlu

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!


Rassam telur
Bahan-Bahan:
3 Biji Telur 
1 sudu teh Jintan Putih Biji (Tumbuk)
1/2 Sdt Lada Hitam (Tumbuk)
2 Ulas Bawang Putih (Tumbuk)
4 Ulas Bawang Merah (Tumbuk)
2-3 Tangkai Cili kering (potong dlm 1 inci)
1-2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1/2 sudu besar Pati Asam Jawa (atau secukup rasa)
1/2 Kiub Pati Ayam
Sedikit serbuk kunyit
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Minyak Utk Menumis

Cara-Cara
Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.
Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau,
Masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji2 kedalam kuah.
Biarkan sehingga telur masak n kuning telur keras..Seimbangkan rasa,Tutup api
Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom..



1 corat coret:

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...