Salam... lama juak tak update blog...sorry naik lorry....CK teramatlah bz sejak dua menjak ni...
Ok...hari ni nk tayang menu kesukaan baby Rayyan, iaitu Nasi Dagang. Kali ni buat versi Terengganu plak, coz beras nasi dagang out of stock. Malas plak nk start kete gi beli kat pasar borong
Kalau masak nasi dagang ni, kena lebih2, sbb anak2 makan berulang kali. Selain gulai ikan tongkol, ada gak ayam goreng... saja buat tambah2 lauk.
Bahan-bahan
1 cawan beras wangi
1/2 cawan beras pulut
1/2 cawan beras pulut
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba
Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian toskan
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba.
Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya
**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.
Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar
Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak hingga kuah pekat. SIAP
Acar
Timun, lobak merah, bawang
cuka, garam, gula
** timun, lobak merah dan bawang dihiris nipis, kemudian gaulkan bersama gula, garam dan setitik dua cuka makan. Siap
OK... sampai sini dulu :)
3 ulasan:
my peberet ni...tp tak pernah buat guna beras pulut campur beras wangi..
Salam CK.. all time feveret nih.. jarang buat sbb leceh. tp kalau buat mmg buat byk, sbb sorg2 makan 3-4 pinggan. hehe..
Gulai ikan tu yang buat naik berhantu nak makan & makan lagi.... he hehhe
Catat Ulasan