Ahad, 28 Ogos 2011

Biskut Sarang Semut Warna Warni

Salam...

Ada yang jenguk blog CK ni lagi?? huhuhuh...terima kasih lah sudi lagi menjenguk di saat-saat orang lain bergumbira menyambut Syawal..(errr...tak balik kg ke?? )


Inilah entri biskut terakhir ramadhan ini. Biskut sarang semut kalerpul (idea anak sulung CK yang inginkan biskut yang berwarna warni)


Biskut Sarang Semut
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
•150 gm Mentega
•50 gm Gula aising
•1 sudu teh Esen vanila
•150 gm Tepung gandum
•100 gm Tepung kastard
•30gm Tepung Jagung
•1/2 sudu teh Serbuk penaik
•coklat rice dan manik berwarna
•mangkuk kertas secukupnya
•pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-cara
1.Pukul mentega,gula dan esen vanilla hingga sebati.
2.Masukkan tepung gandum,tepung kastard dan serbuk penaik.
3.Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh yang lembut
4.Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satu bahagian
5.Parutkan doh ini dan masukkan ke dalam mangkuk kertas
6.Akhir sekali, tabur coklat rice dan manik berwarna
7.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.



Satu adunan ni dapatlah lebih kurang 50 biji biskut. Gamaknya kalo adunan banyak sikit, tentu lebih banyak warna...hehehe

 
Hahaha...CK baru jer selesai masukkan biskut raya ke dalam balang.....dan tanpa CK sedar dah ada lebih 10 jenis biskut. Ada balang yang tak cukup...huhuhu... inilah hasil daripada sehari satu jenis biskut.... hasilnya ada 12 jenis biskut...hahaha....pecah rekod !!!!



OK... esok last kita pose kan !!! Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya !!



Khamis, 25 Ogos 2011

Murtabak Ayam

Salam buat semua.

Hari ni CK buat murtabak plak. Yelah, pasar ramadhan semua dh sunyi sepi. Peniaga semua dh untung ribu riban, mana nk niaga lagi..So terpaksa la buat sendiri.



Resipi murtabak dah banyak dalam blog CK ni. So boleh lah klik sini   Atau boleh taip MURTABAK kat atas tu..nanti akan keluar ler resipi yang berderet2.. tak kiralah murtabak kulit popia, kulit roti canai atau instant paratha. Sume ada :)

Dan hari ini CK buat murtabak ayam plak. Guna isi ayam cincang jenama Ramly jer.. senang dan cepat. Inti murtabak ni sengaja CK buat banyak2 dan simpan. Selain dibuat murtabak, boleh juga dibuat roti john. Hehehe...kan jimat !!!


Ok lah kengkawan, CK ucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA !!!





Rabu, 24 Ogos 2011

Dalca Sayur dan Acar Rampai

Salam... hari ni rajin sikit. CK masak nasi biryani. Tapi nasinya tak dapat nk enter frame sbb tengah masak tu... takpelah, CK tayang lauk2 nya dulu yer..

Kalo masak nasi minyak mestilah ada dalca. Pastu plak ayam masak merah sure tak leh tinggal. Untuk salad, kali ini CK memilih acar rampai. Dah lama tak makan. Tambah lagi dengan daging dendeng. Mmg buat sbb stok dah abis.

Hari ini CK masak dalca sayur jer.. ni respi yang slalu CK buat...tumis darat. caranya arwah mak Ck ler... Kalo anda nk letak daging tetel ke, ayam atau tulang pun bleh gak..

Bahan-bahan:
1 cawan kacang dhal - dicuci dan toskan
2 biji karot - dipotong bulat atau ikut suka
5 tangkai kacang panjang - dipotong ikut suka
1 biji terung - dipotong bulat atau ikut suka
2 biji ubi kentang - dibelah 4 atau 8
1 cawan santan pekat
garam secukupnya
air secukupnya

Bahan2 kisar:
4 ulas bawang putih
9 biji bawang merah
1 inci halia
3 sudu makan serbuk kari daging

Bahan2 rempah tumis:
1inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan2 tumis:
2 camb minyak sapi
3 tangkai daun kari
3 biji bawang kecil - dihiris
3 batang cili kering - dipotong ikut suka


cara:
-rebuskan kacang dhal sehingga separuh empuk
-masukkan ubi kentang dan karot dan biarkan sehingga empuk
-setelah itu masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar
-gaulkan rata dan renihkan seketika
-masukkan santan dan garam secukup rasa
-kacau sehingga sebati
-apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung
-tunggu hingga mendidih sambil dikacau supaya santan tidak pecah
-apabila semua bahan2 sudah empuk tutupkan api
-panaskan kuali lain dengan minyak sapi
-tuangkan ke dalam lauk dalca tadi sambil digauk perlahan2 sehingga sebati

* bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato, nasi minyak, nasi beriani, roti atau roti paratha


Ayam Masak Merah




Acar Rampai
Resipi: Cendanakasih

Bahan-bahan
* 600gm timun - potong, buang pulurnya
* 600gm carrot - potong
* 600gm ubi sengkuang atau lobak putih - potong
* 140gm halia - mayang halus
* 20 ulas bawang merah - kalau besar belah dua
* 20 ulas bawang putih - buang kulit
* 10 cili merah dan  cili hijau - belah dua
* 30 biji cili kering#
* 2 buku kunyit hidup#
* 1" halia#
* 4 ulas bawang merah#
* 4 ulas bawang putih#
* 2 cawan minyak
* 2 sb bijan disangai
* 2 sb biji sawi
* 3 cawan cuka
* 1 cawan gula pasir
* 1 sb ajinomoto
* garam,

Cara-cara
1. basuh, buang kulit, potong semua bahan-bahan seperti carrot, halia, bawang putih, bawang merah , cili hijau, cili merah, ketepikan
2. giling, tumbuk halus atau blend bahan bertanda #
3. pijarkan minyak, tumis biji sawi, bahan tumbuk atau blend tadi bersama cuka, gula, garam dan ajinomoto, masak hingga harum, pecah minyak dan cili secukup masak, masukkan pula tomato sauce, kacau dan rasa dulu kalau kurang masam atau manis boleh ditambah, goreng seketika,
4. masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali timun dan ubi sengkuang, goreng seketika atau sedikit layu, kemudian masukan pula timun dan ubi sengkuang tadi, goreng seketika, tutup api, hidangkan, taburkan sedikit bijian




Dendeng Daging (siap letak dalam tupperware)




Ok..Selamat Berbuka buat semua !!!





Isnin, 22 Ogos 2011

Budget Coklat

Salam...

Hari ni CK siapkan tempahan coklat plak. Sehari buat 4 bekas jer.. cukup laa... tak larat wooo banyak2...

Satu bekas ni ada 50 biji coklat didalamnya. Menggunakan coklat susu Berry's. Coklat ni ada inti didalamnya spt strawberi, keladi, bluberi, mangga, oren, badam dan gajus.


Satu bekas CK jual dengan harga rm30 sahaja. Minat? nk rasa? leh pm yer..tapi kena pick up sendiri la kat Jusco Equine Seri Kembangan, atau Giant Kinrara. sepanjang minggu ni sahaja... (dah tak larat ler nk delivery jauh2... ) Kalo lepas raya, boleh jumpa kat pick up point macam biasa.

*** coklat ni dibuka sepanjang tahun...so boleh order bila2 masa jer... insyallah !!! 



Ahad, 21 Ogos 2011

Ayam Masak Padang

Salam Hujung Minggu.

Hari ni menggulai ayam plak. Tapi cara jawalah plak. Asyik-asyik buat kari, sup, sambal atau masak merah, boring ler jugak. Sesekali cuba cara jawa. CK dan keluarga paling lauk2 Padang, especially sotong dan telur ikan. Pekena plak ngan sambal berminyak dia.. fuh...faberet along tu.


AYAM MASAK PADANG

Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan-bahan diblender halus
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

Lauk ni sedap dimakan bersama nasi putih, roti, lemang atau ketupat. So...raya nanti bolehlah buat lagi. 




Sabtu, 20 Ogos 2011

Biskut Coklat Chip

Salam...

Adakah ini posting terakhir untuk biskut raya CK tahun ni? kita tengok yer...hehehe

Biskut coklat cip ni CK buat untuk rumah sendiri jer....tak jual pun (sbb tak buat promosi ttg biskut coklat cip tahun ni)

Dan..macam biasa, habis jer berbuka, maka anak2 (termasuk CK sendiri) akan mulalah mengunyah biskut raya...hehehe...mmg tak sempat nk sampai raya laaa...



Biskut Coklat Cip
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
*1 cawan butter (guna farmcow lebih wangi)
*2 cawan tepung gandum
*1 sk baking soda
*1 cawan gula pasir halus
*cawan gula perang
*2 1/2 cawan oat -diblender halus
*250gm coklat cip
*1/2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil baking powder
*2 biji telur
*100 gm coklat rice/coklat bar
*1 cawan badam/gajus/hazelnut -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
*1 susu kecil esen vanila

*** ni versi manis, sapa tak suka manis boleh kurangkan gula pasir menjadi 3/4 cawan.

Cara-cara
1.Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
4.Masukkan coklat cip, coklat rice dan kacang. Gaul rata
5.Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak



Ok..sampai sinun dulu...hahaha.... malam ni nk tido awal....letih ari ni.. sukat jalan kat KL... hahaha



Jumaat, 19 Ogos 2011

Almond London Nestum

Salam...

Suka Almond London? biskut raya kegemaran ramai. Dan sejak dua menjak ni, biskut ni dicabar oleh Snow Almond (ye ke?)

Teringat kat seorang sahabat CK, sebelum puasa hari tu dia mencuba sampel almond london ni (kawan opis dia la yang buat) dah komennya "ermm..hampeh, london jer lebih, almond nyer sekerat" hahaha...

Hari ni Almond London CK ni naik taraf sikit, mana boleh bagi Snow Almond menang kan. Kini almond london bergabung dengan nestum. Rangup dan wangi. Tak caya? meh cuba


Biskut ni juga ditempah oleh pelanggan CK. Syukur kerana mereka masih sukakan almond london. Dan CK letak sebijk badam kat dalamnya. Takmo ler naya orang dengan badam sekerat.

Almond London Nestum
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
•250 gm butter
•2 1/2 cawan tepung gandum
•1/2 cawan nestum  ( di kisar halus )
•1 cawan tepung jagung 
•1 cawan gula aising
•1 biji kuning telur

Hiasan
•Putih telur secukupnya
•Badam biji di panggang secukupnya
•Nestum secukupnya
•Coklat putih untuk hiasan
•Coklat masakan secukupnya
•Mangkuk kertas
•Sedikit cocoa butter (kalo takde, guna minyak jagung pun bleh)

Cara-cara
1.Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
2.Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3.Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat.
4.Celup doh dalam putih telur dan golek dalam nestum. Atur pada loyang.
5.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

Untuk saduran coklat
Coklat masakan dicincang sedikit dan masukkan sedikit cocoa butter. Letak dalam mangkuk tahan panas.
Menggunakan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan pada suhu 70'c (air dididihkan sampai naik buih, tp jangan sampai menggelegak)
Kacau coklat sampai coklat cair sedikit. Bila dh cair, keluarkan dari air panas tadi. Teruskan mengacau sampai coklat menjadi halus.
Celupkan biskut tadi sebiji demi sebijik.
Isi dalam paper cup dan lorek dengan coklat putih atau boleh tabur dengan apa2 hiasan spt manik warna atau badam.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap



Ermm... CK dah bagi resipi tuh, apa lagi, pegi la buat !!!!


Kat sini ada beberapa tip untuk menyadur biskut. Harap adik Linda berpuas hati dengan jawapan akak ni.. sori, kredit tak cukup nk balas sms...hehehe...
** cocoa butter boleh didapati di kedai2 bakery. Kalo kat pasaraya takde yer..Dan jika takde cocoa butter, boleh digantikan dengan minyak jagung, butter atau minyak masak.
**coklat yang terlebih kacau atas air mendidih akan menjadi kental,...tak licin/smooth....faktor lain coklat tidak cair  adalah kerana coklat telahpun mencapai tarikh luput. So...penyelesaiannya, buang jer laaa....
**untuk keringkan biskut yang sudah disalut, biarkan coklat pada suhu bilik. Coklat akan kering dalam masa 10-15 minit. Tapi CK suka halakan kipas ke coklat tu utk singkatkan tempoh pengeringan.
**Ingat, jangan masukkan biskut yang disadur coklat ke dalam freezer kerana struktur coklat akan merekah dan tidak licin/berkilat. Selain itu biskut juga akan menjadi lemau (bahasa orang melaka).. dlm erti kata lain, biskut tak rapuh spt sebelumnya. 




Khamis, 18 Ogos 2011

Resipi Kuih Siput Rangup

Salam Ramadhan ke 18

CK suka sangat kuih siput. Almaklum lah...kampung pun kat Sungai Siput...hehehe...


Ok... kat sini CK kongsikan bersama kengkawan lain resipi kuih siput CK ni. Kuih siput ni rangup, tapi TIDAK gebu. Dulu CK ada juga mencuba beberapa resipi yang ditambah santan ke dalam adunan, tp tak memenuhi selera CK. Akhirnya CK berbalik pada resipi asal yang selalu CK buat sejak kecil dulu.

Kuih siput rangup
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-100gm butter
-2 cawan tepung gandum

Bahan Kisar
-10 tangkai cili kering-dibuang biji
-2 tangkai daun kari
-1/2 biji telur
-1 sudu teh jintan manis
- satu paket udang kering (dlm 20 ekor)
-2 biji bawang kecil
-1 cawan air
-garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Gaul butter dan tepung hingga menjadi serbuk roti
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam tepung dan butter tadi
Tambah garam dan serbuk perasa
Uli bahan2 hingga sebati
(kalau adunan agak lembik, tambah tepung hingga adunan elok)
Cubit sedikit tepung dan gelek atas acuan kuih siput
Goreng dengan minyak panas hingga kekuningan






♥♥♥♥♥

Rabu, 17 Ogos 2011

Biskut Snow Almond

Salam buat semua

Ini salah satu biskut yang mendapat sambutan tahun ni. Jenuh gak CK membuatnya kalo dah beratus2 bijik sehari. Mula2 CK siapkan semua biskut tu dulu, dan keesokan harinya barulah CK celup dalam coklat. Senang sikit keje (yelah..mana ngan nak biskut,masak juadah berbuka dan dalam masa yang sama berperang plak ngan si toncet Ryan ni)


Sapa yang ada masa, bolehlah buat biskut ni yer..sedap dan rangup. Pada mulanya CK ingat biskut ni rasa biasa2 jer, yelah sbb guna breadcrumb kan. Selama ini CK guna breadcrumb untuk salut roti sosej jer. Tak sangka plak boleh dibuat biskut raya.
Dan bila dh sekali makan, "waaa...sedap !!" kerangupan biskut dengan rasa coklat dan ditambah pula dengan breadcrumb..ermm...tak dapat diceritakan. Baik korang buat sendiri yer...hehehe

SNOW ALMOND

Bahan-bahan
•250g butter
•90g gula halus 
•50g serbuk badam
•50g tepung ubi
•25g coffeemate
•25g nestum - kisar
•1sk esen coffee
•1 biji telur
•tepung gandum secukupnya

Utk saduran
•Chocolate masakan - dicairkan
•breadcrumbs warna putih secukupnya


Cara-cara
•Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
•Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
•Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
•Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
•Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
•Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara





Ok..sampai sini dulu. CK nak masak juadah berbuka ni....BYE !!! 




Selasa, 16 Ogos 2011

Rojak Tauhu Telur

Assalamualaikum semua...

Hari ni CK masak makanan kegemaran plak. Sebenarnya CK ni suka sangat makan tauhu. Tak kiralah tauhu telur atau tauhu biasa. Kengkadang tu goreng saja dan makan ngan sambal kicap pun sedap, terus skip lunch.

Dan kalo ke pasar malam, kalo orang jual tauhu bakar atau rojak tauhu- sure CK beli punyer (yelah, daripada beli mee goreng, laksa, kuih2..balik makan tauhu)..

Ok..meh cuba resipi kegemaran CK. Pedas-pedas manis lemak.. lengkap..secukup rasa...hehehe...


Rojak Tauhu Telur
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-1 batang tauhu telur -dipotong kiub dan goreng hingga garing
-2 biji telur

Bahan lain
-1 ketul tauhu - digoreng dan dipotong
-1 ketul fishkek - digoreng dan dipotong
-sedikit taugeh-dicelur
-timun-diracik halus

Untuk kuah
-2 ulas bawang putih
-5 biji cili padi - kalo nk pedas, boleh lebihkan
-1 sudu besar petis
-5 sudu besar kicap manis
-1 sudu kecil gula
-sedikit garam
-kacang tanah tumbuk secukupnya

Cara-cara
-Tauhu telur yang digoreng kiub dibahagi 2 bahagian.
-Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit
-Panaskan kuali leper,dan letak sedikit minyak masak.
-Letakkan acuan bulat (acuan benjo)diatas kuali leper.
-Tuang bancuhan telur,kemudian tabur tauhu telur diatas telur tadi
-Tunggu sekejap dan tanggalkan acuan bulat tadi.
-Terbalikkan telur dan goreng hingga masak.
-Angkat dan ketepikan


Untuk kuah
-Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat
-Tambahkan petis, kicap manis, gula dan garam secukup rasa.

Untuk menghidang
-Dalam pinggan, atur fishkek, tauhu telur dan tauhu.
-Letak taugeh dan timun.
-Curahkan kuah petis yang dibuat tadi
-Tabur kacang tanah tumbuk
-Sedia dihidangkan




Tetiba plak si Irfan request nk makan nasi goreng. So buatkan lah...  udah tu berebut plak nk si Along dan Rayyan...ermm...anak2


Urpppp...kenyang... CK makan tauhu tu jer dh cukup. Mende lain tak layan dah... gamaknyer sbb tulah badan makin kering kot..hehe...skang ni dh 45kg.





Biskut Cashewnut Rolled

Salam Ramdhan 16. Sekejap jer masa berlalu kan... sedar-sedar esok lusa dah raya...hehe

Hari ni CK tayang biskut yang baru jer siap. Ni biskut untuk rumah sendiri taw...bukan biskut jual.


Resipi ni CK dari majalah Rasa Ogos 2011. Macam2 respi ada, paling tirguda tengok respi pelbagai serunding dan lauk pauk. Dan tak tahan tengok rendang, ketupat dan lemang..fuh...mmg menggerodak perut bila tengok majalah tu...aduh...bilalah nk raya, tak sabar nk makan rendang dan lemang...hehehe

CASHEWNUT ROLLED
sumber: cendanakasih

Bahan A:
150gm mentega
50gm gula ising
1/2 sudu teh pes strawberi
1/4 sudu teh pewarna pink
1 biji telur

Bahan B:
220gm tepung gandum
25gm tepung aiskrim vanila
25gm susu tepung
50gm tepung jagung
30gm gajus - dibakar dan dicincang halus

Bahan Hiasan:
200gm oat
Sedikit coklat strawberi
Sedikit coklat putih
Sedikit putih telur

Cara memasak:
1. Campurkan semua bahan A dan pukul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan ke semua bahan B dan pukul lagi hingga menjadi adunan yang sebati.
3. Sukat 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bulat.
4. Kemudian celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam oat.
5. Tekan dan leperkan sedikit adunan kemudian bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat strawberi dan juga coklat putih.

***Untuk memudahkan anda boleh juga menggunakan acuan berbentuk bulat dan leperkan adunan sebaik disadurkan oat.


Ok... biskutnya nampak menarik, tertarik...tp rasanya? wallahualam...kan puasa ni..lepas berbuka nanti baru la nk test, cuba, try...hehehe...insyaalah sedap la hendaknyer...

Ahad, 14 Ogos 2011

Biskut Red Pearl

Assalamualaikum.. sepanjang 2 minggu ni CK sibuk didapur, siapkan tempahan biskut..alhamdulillah..ada rezeki sikit..

Tatkala entri ini ditaip, CK baru jer selesai menyiapkan semua tempahan biskut. Dan esok akan bersambung pula dengan projek homemade chocolate (erm...tren sekarang ni,nk jamu coklat pada tetamu )


Dan...inilah biskut yang masih panas kat dapur tu..tunggu sejuk sikit baru nk dimasukkan dalam balang. Dan biskut ni jualan paling laris tahun lepas. Entah la apa sedapnyer...tp ikut kata pelanggan, mereka sukakan kerangupan conflakes dan rasa kacang gajus kat dalamnya.


Biskut ni sudah CK olah resipinya mengikut tekak CK, dan alhamdulillah mendapat respon baik.

Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex
 
Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.



Haaa... respi CK dan bagi.. apa lagi, pegi ler buat...biskut ni CK jual rm20.00 untuk 50 keping. Sure rangup, sure terasa kacang gajusnya. 




Jumaat, 12 Ogos 2011

Melt In Mouth German Cookies

Salam...

Hari ini 12 Ramadhan, tentu ramai yang dah mula buat biskut raya kan.. macam tu jugaklah ngan CK..tp CK siapkan dulu tempahan..untuk keluarga, minggu terakhir puasa la nampaknyer..

Hari ni nk tayang biskut yang rata2 ramai blogger dah membuatnya. So CK pun terailah jugak. Kononnya untuk makan anak2 lepas berbuka.


MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
by:Cendanakasih
sumber: Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).



Ok...selamat berbuka buat semua !!!



Khamis, 11 Ogos 2011

Kacang Buncis Hati Ayam

Salam.... 

Sejak akhir2 ini CK agak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Dan bagi yang dah order tu, minggu depan Insyaalah CK dah boleh hantar (awal dari tarikh yg CK bagi sbb tak mahu customer CK tertunggu2, ternanti2 biskut raya mereka di akhir2 ramadhan...yelah..dh dekat raya, sekut raya masih belum sampai, tentu gundah gulana kan....)

Dan...mohon maaf disebabkan kesibukan itu, CK takde entri2 special. Dan hari ini pun sekadar lauk2 biasa jer. Kuih muih beli jer kat Pasar Ramadhan. Terima kasih Bang Jebat sbb memahami :)

Sayur buncis dengan hati ayam. Dah tak tau nk rencahkan dengan apa, so bantai aje ler... 

Ni lauk my Jebat. Masak lemak cili padi ikan tenggiri. Rencahkan dengan sayur sawi (style mother in law ).. dan disebabkan lauk ni, bertambah2 my Jebat makan. Anak2 tak makan lauk ni sbb pedas. CK plak?? ermm... diet..kehkehkeh



Sambal tumis kerang. Tiap-tiap hari kat rumah CK ni mesti ada lauk warna merah aka SAMBAL. Kalo takde sambal, tak sah ler.. makan pun takde selera.



Dan... setakat inilah dulu entri hari ini... insyaalah kalo ada mood ( rajin masak dan ada buat kuih-kuih ) Insyaalah CK akan masukkan entri. 




Rabu, 10 Ogos 2011

Apam Polkadot

Salam..

Hari ni buat apam polkadot..saja teringin plak nk makan.. hehehe... Dan kali ini buat sebijik telur jer..dapat la dalam 25 bijik jer...cukup la kan.


Bahan-bahan
* 1 biji telur - dari peti sejuk
* 92 gm tepung gandum
* 73 gm gula halus
* 50gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
* 1 sudu teh baking powder
* 1/2 sudu kecil ovallete
* Inti secukupnya (aku guna inti kaya plak)
* Pewarna ikut suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan inti secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...



Tadaaa.. ini versi ladybird... montok2 gitu ladybird-nyer.. kes terlebih makan ler ni...kahkahkah... (sebenarnya terlebih potong plak bucu plastik tu..malas nk buat lain, tu yang berlubang besar tu... agh..bedal jer laaa... so nampak la corak2 besar kat apam tu... ermm... len kali kena adjust lagi !!! 




Selasa, 9 Ogos 2011

Sambal Ayam (versi sihat)

Salam... dh petang.. dan barulah CK berkesempatan update blog....

Hari ni masak ayam plak laa... macam biasa sambal menjadi kewajipan dalam juadah berbuka. Kalo takde sambal, tak ummphhh.. mcm tak berselera jer sume orang makan.

Dan.. hari ini ada Sambal Ayam.. dan ini versi sihat..maknanya ayam tu bukan digoreng macam buat Sambal Ayam yang biasa tu.. Kali ini CK kukus ayamnya, sama macam cara CK buat lauk Ayam Masak Merah. CK suka buat cara begini sebab isi ayamnya lebih lembut dan pejal. Kalo digoreng, isinya agak keras sikit laaa...



Sambal Ayam Sihat
sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
-8 ketul ayam- dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit.
-1 biji bawang besar*
-3 ulas bawang putih*
-1 senduk cili kering kisar* (terpulang nk banyak mana)
-sedikit belacan*- jika suka
-air asam jawa*
-garam, perasa
-bawang besar-dipotong bulat

Cara-cara

Ayam yang dah digaul daram kunyit dikukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. (Jangan buang air kukusan ayam tu yer)
Kisar halus bahan2 bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan keluar minyak.
Masukkan lebihan air kukusan ayam tadi. Tambah air jika perlu.
Kacau kuah sambal dan masukkan ayam yang dikukus tadi.
Tambah garam dan perasa.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat, gaul rata dan SIAP !!


Resipi ni lebih jimat minyak, hehehe... dan siapa yang nk diet tu, boleh la keluarkan minyak selepas tumis bahan kisaran tadi tu.. (CK slalu buat mcm tu..hehehe)

Ok.. selamat berbuka buat semua !!!



Isnin, 8 Ogos 2011

Badak Berendam

Salam..

Sebenarnya sejak 13 tahun kawin, CK tak pernah, tak ingin, dah tak berperasaan langsung nk buat apatahlagi makan kuih badak berendam ni. Seingat CK lah..last skali tengok kuih ni (tengok jer, tak makan pun) masa CK kecik2 dulu..arwah mak CK buat.

Errmm...berkurun kan... dan tahun ni, nostalgia badak berendam kembali. Itupun lepas ber'kursus' dengan kak Sheila..hehehe...

Dan..keinginan membuat hippo ni membuak2 setelah beberapa orang rakan CK asyik dok ulang beli kuih ni jer kat Pasar Ramadhan. Sedap ke? so CK pun terai (try) ler..





Badak Berendam
Resipi dari : Kak Besah MyResipi
Sumber : Cendanakasih


Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
* 2 cawan tepung pulut
* lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
* 1/2 sudu teh garam
* inti kelapa secukupnya
 Dadih
* 2 1/2 cwan santan,
* 2 sudu tepung beras dan 1/2 sudu teh garam
* 3 helai daun pandan

Cara-cara
1. campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat, lebih kurang 10 mnit - ketepikan.
2. bulat2 kan inti kelapa ikut saiz yang dikehendaki
3. campurkan garam dgn air pandan dan gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
4.ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.
5.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. pastu masukkan bola2 pulut kedalamnya.
6.bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat dan ditos kan.
7. terus masukkan kedalam dadih tadi..
8.siap dan bolehlah dihidangkan



Anak-anak tanya, "kuih apa ni mama?" CK jawab  " Green Hipo in White Mud"  hahaha !!!!

Ahad, 7 Ogos 2011

Laksa

Salam... dh berbuka kan !!

Dan inilah dia juadah CK hari ni. Teringin plak nk makan laksa. Asyik makan nasi jer, boring la plak.

CK buat sikit jer, untuk 4 orang makan. Jadinya beli jer Lor Shu Fen dan rebus. CK suka laksa jenis ni sbb lembut.

Kuahnya CK guna 2 ekor jer ikan kembong hitam (kan dh kata versi sikit, so kuah pun sikit ler...)

Resipi boleh tengok sini. Sama jer bahan dan cara-caranya.



Alhamdulillah...kenyang !!! syukur... 



Ok lah..CK kena masak nasi dan lauk2 plak ni, siap untuk juadah bersahur esok !!

Jelly Kelapa

Dessert berbuka hari ini- Jelly Kelapa. Dah tak tau nk buat kuih apa. Buat agar-agar lah plak.


Jelly Kelapa 
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 biji kelapa muda - diambil air dan isinya
1/2 paket agar2 tali
3 cawan air
1 cawan gula pasir
2 ketul besar gula batu (terpulang nk letak ke tak)
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau

Cara-cara
Masak agar2 tali sampai larut.
Masukkan gula batu dan gula pasir
Bila gula telah larut, masukkan daun pandan dan pewarna hijau
Kemudian masukkan air kelapa dan isinya
Kacau rata dan tutup api
Isikan ke dalam bekas
Sejukkan dan sedia dihidangkan




CK buat dalam bekas plastik kecil2 tu, senang nk bagi pada jiran-jiran.






Sagu Pandan Gula Melaka

Assalamualaikum...

Ni dessert berbuka Iftar ke 6. Bulan puasa ni, hari2 terpaksa kena memikir dessert untuk berbuka. Kalo nk beli tu...ermmm... kena pikir banyak kali. Sebabnyer? tau-tau jer lah... nk bersesak dengan orang ramai, nk beratur tunggu turn, takut tak sedap dll



Sagu Pandan Gula Melaka
sumber: cendanakasih

bahan-bahan:
200 gm biji sago
1 cawan jus pandan
200 gm gula melaka
susu cair secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Sagu direndam dalam jus pandan selama 15-20 minit. Boleh tambah 1 cawan air lagi dan masukkan juga beberapa titik pewarna hijau.
2. Didihkan air. Masukkan sagu dan masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya. Toskan dan masukkan sago dalam acuan dan dinginkan.
3.Kemudian, masak pula gula melaka dengan sedikit air. Carik-carikkan daun pandan dan rebus bersama air gula tadi. Bila gula dah hancur, tapis airnya dan birkan sejuk.
4.Hidangkan sagu pandan gula melaka bersama susu cair dan ketulan ais.


OK.... bye !!!



Sabtu, 6 Ogos 2011

Telur Dadar Tuna

Salam Sabtu.. 

Ni menu bersahur pagi tadi. Dah tak tahu nk masak apa, telur lah menjadi penyelamat. Kegemaran seisi keluarga. Kali ni mencuba resipi dari Kak Ummi plak. Errmm...sedap.. habis anak2 makan. Cerah bijik mata yang mengantuk... hehehe



TELOR DADAR TUNA
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
* 6 biji telor saiz sedang
* 1 tin tuna
* 1 labu bawang besar
* 1 tangkai cili merah
* sedikit daun bawang - dihiris halus
* 2 sudu besar mayonis
* 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
* garam secukup rasa
* sedikit minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-
1. Campurkan saja ke semua bahan kecuali minyak. Adun rata dan sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan (x perlu minyak byk), tuangkan adunan telor dan masak dengan api perlahan.
3. Terbalikkan selepas 3 - 4 minit dan biarkan hingga kedua-dua bahagian masak.
4. Angkat dan hidangkan. Boleh jugak dilapiskan dengan roti. SELAMAT MENCUBA...!!


Selain telur dadar, ada la jugak daging masak kicap. Kali ni versi kering. Takde kuah...



Ok... hari ni banyak plak keje... keje shopping..hehehe