Selasa, 16 Ogos 2011

Biskut Cashewnut Rolled

Salam Ramdhan 16. Sekejap jer masa berlalu kan... sedar-sedar esok lusa dah raya...hehe

Hari ni CK tayang biskut yang baru jer siap. Ni biskut untuk rumah sendiri taw...bukan biskut jual.


Resipi ni CK dari majalah Rasa Ogos 2011. Macam2 respi ada, paling tirguda tengok respi pelbagai serunding dan lauk pauk. Dan tak tahan tengok rendang, ketupat dan lemang..fuh...mmg menggerodak perut bila tengok majalah tu...aduh...bilalah nk raya, tak sabar nk makan rendang dan lemang...hehehe

CASHEWNUT ROLLED
sumber: cendanakasih

Bahan A:
150gm mentega
50gm gula ising
1/2 sudu teh pes strawberi
1/4 sudu teh pewarna pink
1 biji telur

Bahan B:
220gm tepung gandum
25gm tepung aiskrim vanila
25gm susu tepung
50gm tepung jagung
30gm gajus - dibakar dan dicincang halus

Bahan Hiasan:
200gm oat
Sedikit coklat strawberi
Sedikit coklat putih
Sedikit putih telur

Cara memasak:
1. Campurkan semua bahan A dan pukul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan ke semua bahan B dan pukul lagi hingga menjadi adunan yang sebati.
3. Sukat 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bulat.
4. Kemudian celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam oat.
5. Tekan dan leperkan sedikit adunan kemudian bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat strawberi dan juga coklat putih.

***Untuk memudahkan anda boleh juga menggunakan acuan berbentuk bulat dan leperkan adunan sebaik disadurkan oat.


Ok... biskutnya nampak menarik, tertarik...tp rasanya? wallahualam...kan puasa ni..lepas berbuka nanti baru la nk test, cuba, try...hehehe...insyaalah sedap la hendaknyer...

6 ulasan:

  1. kak CK...kalau dh bubuh gajus,tepung aiskrim vanilla..dgn oat lagi..dgn pes strawberi..memang waalllaa la rase dia..mesti sedap...!!

    BalasPadam
  2. Assalam Noorma, waaaah byk dah wat kukis....suka akak tengok..tp akak x byk masa sgt nak buat, kena tunggu cuti2 laa..hehe

    BalasPadam
  3. wahhhh dah start buat kuih raya....

    BalasPadam
  4. nampak pun dah sedap...cnfirm rasa pon sdap ni...

    BalasPadam
  5. fresh lagi ni...sure sedap,bau je dah semerbak 1 rumah..mcm terbau2 smpai sini.:)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum akak..
    wah cantiknya cookies tu akak... pasti sedapkan... menarik gitu lg warnanya... cantik!!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡