Ahad, 14 Ogos 2011

Biskut Red Pearl

Assalamualaikum.. sepanjang 2 minggu ni CK sibuk didapur, siapkan tempahan biskut..alhamdulillah..ada rezeki sikit..

Tatkala entri ini ditaip, CK baru jer selesai menyiapkan semua tempahan biskut. Dan esok akan bersambung pula dengan projek homemade chocolate (erm...tren sekarang ni,nk jamu coklat pada tetamu )


Dan...inilah biskut yang masih panas kat dapur tu..tunggu sejuk sikit baru nk dimasukkan dalam balang. Dan biskut ni jualan paling laris tahun lepas. Entah la apa sedapnyer...tp ikut kata pelanggan, mereka sukakan kerangupan conflakes dan rasa kacang gajus kat dalamnya.


Biskut ni sudah CK olah resipinya mengikut tekak CK, dan alhamdulillah mendapat respon baik.

Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex
 
Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.



Haaa... respi CK dan bagi.. apa lagi, pegi ler buat...biskut ni CK jual rm20.00 untuk 50 keping. Sure rangup, sure terasa kacang gajusnya. 




15 ulasan:

  1. Noorma, kak rose amik resepinya ya, manalah tau nnti rajin leh la wat tuk raya... tq share ya.

    BalasPadam
  2. salam dan selamat berpuasa noorma. akak pun tgh ligat nak menyiapkan order..alhamdulliah rezeki di bulan ramadhan. nanti klu dan nak buatlah kukis ni..insyallah

    BalasPadam
  3. a'kum CK.. aah mak dgn adik sy pun suka biskut ni, diorg kata sbb tak brp manis. ngamlah dgn tekak diorg kot. hehe.. kirim sikit leh? takde sape nk nolong buatkn biskut thn ni la :P

    BalasPadam
  4. Tq bagi resepi.. sya copy ye utk koleksi..harap sya dpt buat raya ni..

    BalasPadam
  5. uwaaaa menariklah kukis ni, leh cuba ni, kalau ada cornflakes gerenti sedap dan ranggup kan..

    BalasPadam
  6. baca entry ni mcm nk meleleh air liur,serius! :) terasa2 kerangupnnya.:))

    BalasPadam
  7. Syok berniaga ni kan? Yg penting kepuasan bila tengok pelanggan berulang2 beli

    BalasPadam
  8. menariknya cookies ni kak sedap je rupanya tu... nak rasa sebalang boleh..hihihihi

    BalasPadam
  9. ck, nak tanya emplex tu ape ke mendanyer ?

    BalasPadam
  10. Deena - emplex boleh dibeli di pasaraya2, dibahagian barang2 buat kek dan biskut..dia dalam botol kecil..jenama Nur... harga dalam rm sebotol..

    Fungsi emplex ini adalah untuk merangupkan biskut...

    BalasPadam
  11. Wahhh nampak sedap nie, pastu senangkan nak watnye men penyek2 je xyah canai. i like i likeeee

    BalasPadam
  12. E-na dah buat biskut ni utk raya lepas...sedap! akan ada ulang tayang nnt..hihiii tqvm sis!

    http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/09/biskut-red-pearl.html

    BalasPadam
  13. Sedapnya CK. Nak cuba buat

    BalasPadam
  14. Assalam,
    Alhamdulillah akak dh cuba sedap
    tq resepinya

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡