Sabtu, 20 Ogos 2011

Biskut Coklat Chip

Salam...

Adakah ini posting terakhir untuk biskut raya CK tahun ni? kita tengok yer...hehehe

Biskut coklat cip ni CK buat untuk rumah sendiri jer....tak jual pun (sbb tak buat promosi ttg biskut coklat cip tahun ni)

Dan..macam biasa, habis jer berbuka, maka anak2 (termasuk CK sendiri) akan mulalah mengunyah biskut raya...hehehe...mmg tak sempat nk sampai raya laaa...



Biskut Coklat Cip
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
*1 cawan butter (guna farmcow lebih wangi)
*2 cawan tepung gandum
*1 sk baking soda
*1 cawan gula pasir halus
*cawan gula perang
*2 1/2 cawan oat -diblender halus
*250gm coklat cip
*1/2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil baking powder
*2 biji telur
*100 gm coklat rice/coklat bar
*1 cawan badam/gajus/hazelnut -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
*1 susu kecil esen vanila

*** ni versi manis, sapa tak suka manis boleh kurangkan gula pasir menjadi 3/4 cawan.

Cara-cara
1.Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
4.Masukkan coklat cip, coklat rice dan kacang. Gaul rata
5.Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak



Ok..sampai sinun dulu...hahaha.... malam ni nk tido awal....letih ari ni.. sukat jalan kat KL... hahaha



6 ulasan:

  1. mmg ia pun anak2 sya pun suka tak payah tunggu raya....

    qhaifanurin.blogspot.com

    BalasPadam
  2. anak2 akak suka biskut ni....

    BalasPadam
  3. Salam Noorma. Amboi, byk dah sekut kat rumah ni.... Along satu pun belum. Tengok lah kot2 hari ni ada keajaiban...hehe

    BalasPadam
  4. salam kak noorma.. kalau biskut macam ni tentu ranggup dan sedap.. menarik resepi ni

    BalasPadam
  5. assalam kak noorma....kalau dh kukis ni sedap, rasanya tak sempat raya pon dah habis ni..hihih...tengok rupe pon dh nmpk sedap!

    BalasPadam
  6. minggu ni start buat kuih raya

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡