Rabu, 17 Ogos 2011

Biskut Snow Almond

Salam buat semua

Ini salah satu biskut yang mendapat sambutan tahun ni. Jenuh gak CK membuatnya kalo dah beratus2 bijik sehari. Mula2 CK siapkan semua biskut tu dulu, dan keesokan harinya barulah CK celup dalam coklat. Senang sikit keje (yelah..mana ngan nak biskut,masak juadah berbuka dan dalam masa yang sama berperang plak ngan si toncet Ryan ni)


Sapa yang ada masa, bolehlah buat biskut ni yer..sedap dan rangup. Pada mulanya CK ingat biskut ni rasa biasa2 jer, yelah sbb guna breadcrumb kan. Selama ini CK guna breadcrumb untuk salut roti sosej jer. Tak sangka plak boleh dibuat biskut raya.
Dan bila dh sekali makan, "waaa...sedap !!" kerangupan biskut dengan rasa coklat dan ditambah pula dengan breadcrumb..ermm...tak dapat diceritakan. Baik korang buat sendiri yer...hehehe

SNOW ALMOND

Bahan-bahan
•250g butter
•90g gula halus 
•50g serbuk badam
•50g tepung ubi
•25g coffeemate
•25g nestum - kisar
•1sk esen coffee
•1 biji telur
•tepung gandum secukupnya

Utk saduran
•Chocolate masakan - dicairkan
•breadcrumbs warna putih secukupnya


Cara-cara
•Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
•Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
•Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
•Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
•Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
•Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara





Ok..sampai sini dulu. CK nak masak juadah berbuka ni....BYE !!! 




8 ulasan:

  1. mcm tak pernah makan lagi cookies ni..glemer betol skrg. kalah almond london tu. heheh

    BalasPadam
  2. Nuwairani- yelah kan..akak dapat tempahan pun banyak... biskut ni nk lawan ngan almond london nampaknyer...

    tp kan..almond london dh di upgrade.. menjadi almond london nestum...lagi sedap...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Noorma, ni mmg biskut fav akak tau, last year beli rasanya tahun ni nak buat la..tak tahan tengok biskut tu, sememangnya sedap..akak dh salin resepinya, hrp2 sempat la buat.. maceh yea kongsi resepi :)

    BalasPadam
  4. sedapnya biskut ni ita dah buat.. tapi kandungan tepung tu ada sukatan .. lain sikit kat situ tapi yang lain tu sama je

    BalasPadam
  5. x pernah rasa lg kukis ni..owner pn dah kata sedap & 'hot' teringin gak nk try wat..tq for sharing CK!

    BalasPadam
  6. memang tengah mencari resepi ni, terima kasih :)

    BalasPadam
  7. salam cmua..banyak betul pilihan resepi kt blog nie...mmg menarik n tertarik laa...sy pn bru nk bljar2 masak ni

    BalasPadam
  8. @Athirah
    Salam Athirah....tq singgah blog akak ni...respi biasa2 jer...selamat mencuba

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡