Selasa, 9 Ogos 2011

Sambal Ayam (versi sihat)

Salam... dh petang.. dan barulah CK berkesempatan update blog....

Hari ni masak ayam plak laa... macam biasa sambal menjadi kewajipan dalam juadah berbuka. Kalo takde sambal, tak ummphhh.. mcm tak berselera jer sume orang makan.

Dan.. hari ini ada Sambal Ayam.. dan ini versi sihat..maknanya ayam tu bukan digoreng macam buat Sambal Ayam yang biasa tu.. Kali ini CK kukus ayamnya, sama macam cara CK buat lauk Ayam Masak Merah. CK suka buat cara begini sebab isi ayamnya lebih lembut dan pejal. Kalo digoreng, isinya agak keras sikit laaa...



Sambal Ayam Sihat
sumber : Cendanakasih

Bahan-bahan
-8 ketul ayam- dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit.
-1 biji bawang besar*
-3 ulas bawang putih*
-1 senduk cili kering kisar* (terpulang nk banyak mana)
-sedikit belacan*- jika suka
-air asam jawa*
-garam, perasa
-bawang besar-dipotong bulat

Cara-cara

Ayam yang dah digaul daram kunyit dikukus selama 15-20 minit atau sehingga masak. (Jangan buang air kukusan ayam tu yer)
Kisar halus bahan2 bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan keluar minyak.
Masukkan lebihan air kukusan ayam tadi. Tambah air jika perlu.
Kacau kuah sambal dan masukkan ayam yang dikukus tadi.
Tambah garam dan perasa.
Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat, gaul rata dan SIAP !!


Resipi ni lebih jimat minyak, hehehe... dan siapa yang nk diet tu, boleh la keluarkan minyak selepas tumis bahan kisaran tadi tu.. (CK slalu buat mcm tu..hehehe)

Ok.. selamat berbuka buat semua !!!



7 ulasan:

  1. Sedapnya nampak ayam sambal! Terliur :)

    Selamat Berpuasa ;)

    BalasPadam
  2. Salam kak noorma,
    Wah.. ayam masak merah versi kukus. Tak nampak bezanya dgn yg goreng. Memang sihat versi ni.
    Nama green hippo in white mud kat bawah tu buat saya trgelak la. hikhik. Seme orang rekemen kuih ni sedap, saya jer blom try lagi. :)

    BalasPadam
  3. salam kak.. suka ayam sambal sedap... tambah ayamnya kukus lagi la menarik lembut je isinya ye

    BalasPadam
  4. terliurnya tengok kak sambal ayam tu...

    BalasPadam
  5. betol jugak kan..kenapa la tak terfikir nk kukus. dh la ayam tu sedia berminyak. kalau digoreng, tambah2 lagi minyaknya...

    BalasPadam
  6. salam

    terliur tgk ayam tuu...

    jom follow balik qhaifanurin.blogspot.com

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡