Rabu, 10 Ogos 2011

Apam Polkadot

Salam..

Hari ni buat apam polkadot..saja teringin plak nk makan.. hehehe... Dan kali ini buat sebijik telur jer..dapat la dalam 25 bijik jer...cukup la kan.


Bahan-bahan
* 1 biji telur - dari peti sejuk
* 92 gm tepung gandum
* 73 gm gula halus
* 50gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
* 1 sudu teh baking powder
* 1/2 sudu kecil ovallete
* Inti secukupnya (aku guna inti kaya plak)
* Pewarna ikut suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan inti secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...



Tadaaa.. ini versi ladybird... montok2 gitu ladybird-nyer.. kes terlebih makan ler ni...kahkahkah... (sebenarnya terlebih potong plak bucu plastik tu..malas nk buat lain, tu yang berlubang besar tu... agh..bedal jer laaa... so nampak la corak2 besar kat apam tu... ermm... len kali kena adjust lagi !!! 




10 ulasan:

  1. nk try jugak buat ni...tp belom ada mixer lagi....

    BalasPadam
  2. comey ladybird montok tu...kiter blm try lg apam jenis ni,tangan x piawai la nk mengdotdotkan..:))

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Noorma..
    Ish internet ni. Tadi dah tulis dah komen kat sini.. Hilang lak dia bila kita publish..
    Cantik arr apam tu.. memang montok2 dan gebu2 pun.. Comel2 pun ye jugak.. Rajin arr tuan rumah ni..

    BalasPadam
  4. cantik.. suka apam pokaldot.. tambah yang ladybird tu .. comel akak dah jumpa dah warna hitam ye

    BalasPadam
  5. cantik yg ladybird tu norma... ;)

    BalasPadam
  6. Waaa..ada byk lady bird...leh tangkap dan nyum..nyum...:)
    Apam yg sgt comel n cute...:)

    BalasPadam
  7. assalam akak..siti bru jumpa je blog akak ni..wahh..maveles la..apam ladybird ni plak comel n gebu sgt2..suke!!

    BalasPadam
  8. pernah buat sekali tp malik makan seketoi je...
    mmmm, dia mmg tak suka makan kuih. buat penat aku buat je

    BalasPadam
  9. salam,terima kasih singgah kt teratak sha...pasal jongkong tu,selalu pesan dgn abang ipar atau biras yg memang duduk kt hulu langat..yg pasti selalu dpat yang "the best"..eermmm memang sedap...thanks

    BalasPadam
  10. comelnyaaa apam nie akak... suka diana tgk...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡