Mood hari ini agak syahdu sikit...adoiiii... rindu pada dia yang menjauhkan diri, rindu pada mereka yang telah pergi...dan rindu untuk buat aktiviti luar macam dulu dulu..... ermmm...apapun...meh layan pulut durian ni dulu.
Macam2 cara orang makan pulut durian kan. Ada yang dibuat pengat kemudian makan dengan pulut kukus, dan ada jugak makan dengan durian mentah macam CK ni. Dan CK pernah gak nampak orang makan durian dengan pulut kukus, gula melaka dan kelapa parut. Tapi CK lom pernah cuba lagi...
Ni makanan kegemaran arwah ayah CK. Kalau musim durian, mesti dia nk makan macam ni. Kalau takde pulut, dengan nasi pun bleh. Dan CK pun sama.
Cemmana nk buat? memula tanak/kukus pulut sampai masak. Pastu buat la plak kuah santan. Kalau arwah mak CK, santan tu tak masak pun, just perah dengan air masak jer...pastu campur dengan sedikit garam.
Dan....ambik beberapa ulas durian, letak dalam pingan, letak pulut tadi dan letaklah santan. Dannnn...MAKAN...
Kalau isi durian tu kurang manis, bolehlah tambah gula sikit. Tapi CK ni kan suka manis2, so mesti tambah gula...hehehe...(sib baik takde kencing manis ...hahaha)
Skang ni musim durian kan..mana2 jer ada orang jual durian. Kat Semenyih nun, durian D24 pun dah murah. Hari ni CK nk ke sana plak, borong durian habis-habisan...hahaha.... biar penuh freezer dengan durian, stok untuk setengah tahun...hahaha
♥♥♥