Salam... bermalas-malasan hari ini.....tp mengadap pc ini sesuatu yg wajib...kahkahkah....
CK suka sangat respi dari Kak Fida ni. Bukan saja lemak dan lembut, malah tak guna telur..itu yg suka tu...jimat telur kat rumah...hehehe...
Bahan-bahan
250 g labu - tanpa kulit, direbus (CK kukus)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan susu cair/sejat
1 sb susu manis
1/2 sk garam
1 cawan tepung gandum
1 sb mentega/majerin
sedikit pewarna kuning (CK tak letak sbb labu dah kuning/oren)
Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak.
Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan.
**Dengan resipi yang sama,labu boleh diganti dengan kentang,keledek kuning,merah/oren atau ungu dengan kuantiti yang sama
Sebenarnya nk merasmikan loyang kuih ni laaa....hehehe...Pemberian mak mertua CK.. ada 2 bijik diberinya. Tapi memandangkan kuih ni sikit jer, so dapat la buat sebijik jer...ada lebih sikit tu CK masuk jer dalam acuan aluminium.
Jom makan !!
Sebenarnya nk merasmikan loyang kuih ni laaa....hehehe...Pemberian mak mertua CK.. ada 2 bijik diberinya. Tapi memandangkan kuih ni sikit jer, so dapat la buat sebijik jer...ada lebih sikit tu CK masuk jer dalam acuan aluminium.
Jom makan !!
suka.. suka... suka... lama tak makan bingka labu... mintak sepotong, boleh..
BalasPadamSalam Kak CK..tumpang bf kat sini lah..nmpk sedap sgt bingka labu nii ^_^..
BalasPadamWAH BESNYER ... LAMA DAH X MAKAN BINGKA LABU NI ..
BalasPadam