Rabu, 6 Jun 2012

Magie Goreng

Salam... apa khabar semua kawan2. Harap sihat. Maaf la sebab dah lama tak update, sebab CK mmg sibuk sikit. Bukan sibuk mengapam atau mengekek, tp sibuk kat luar. Macam2 event sempena cuti sekolah ni


Bahan-bahan
1 bungkus maggi kari
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji tauhu goreng dihiris nipis
fishball, fishkek dan cucur udang (jika suka)
daging/ayam/udang
Sayur sawi dan taugeh
Kicap sikit
Gula, Garam

Cara-cara
1. Maggie direbus hingga masak dan toskan airnya
2. Tumiskan bwg putih, bawang merah dan cili kisar
3. Bila bau dah naik , masukkan ayam/udang/daging. Masak sampai empuk, kemudian masukkan tomato, tauhu goreng & sayur
4. Masukkan telur kemudian hancur2kan, diikuti dengan perencah kari Maggi
5. Bila semua dah sebati bersama , masukkan maggi yg telah direbus td kemudian letak sedikit kicap. Boleh tambah garam kalau kurang masin.
6.Siap


 Ok... ini jer la sarapan pagi ni. Harap kenyang semua orang... dan pagi ni, kena mengekek dan mengapam macam biasa. Sebab petangnya ada event kat luar lagi...aduhhh....


4 ulasan:

  1. maggi pun maggi la..kak ros tengah lapar ni..janji kenyang

    BalasPadam
  2. CK nk spiring juga magi goreng tu...sedap la..

    BalasPadam
  3. wow..lama tak makan maggi goreng...menyelerakan betul!

    BalasPadam
  4. assalam
    SEKALI SEKALA MAKAN MEGI GORENG SEDAPPP
    YE KER KAMPUNG SUAMI KAT SANA kalu tidak leh bertemu di PB Melaka
    kita pun disana jumaat && sabtu tu
    he he

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡