Jumaat, 8 Jun 2012

Tauhu Telur Sos Tiram

Salam...

Dah nak abis dah cuti sekolah...rasa sekejap sangat. Tak puas nk berehat kan...dan tengahari ni CK masak simple2 jer, sbb malam ni ada pasar malam...kehkehkeh...

Lauk kegemaran CK dan hubby. Anak2 tau belasah jer....hehehe...paling senang nk memasaknya.

Bahan-bahan
-2 batang tauhu telur -dipotong dan goreng
-2 ulas bawang putih-ditumbuk/hempap sikit...hehe
-1 sudu besar udang kering- digoreng dulu
-2 sudu besar sos tiram
-sedikit minyak bijan
-perasa dan gula


Cara-cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dan setitik dua minyak bijan.
tumis bawang putih hingga naik bau
kemudian, masukkan lada sulah. Kacau dan masukkan sos tiram
boleh tambah air sikit
Sesuaikan rasa dengan menambah gula/perasa.
Akhir sekali, masukkan tauhu telur yang sudah digoreng dan udang kering
kacau-kacau, dan bolehlah diangkat.
Tabur daun sup/bawang.... SIAP


Ni masakan ala2 chinese. So hidangkanlah bersama2 lauk2 ala2 chinese gak yer....kalo hidang ngan kari mamak & masak lomak cili padi, ia akan jadi lauk 1 Malaysia !! kehkehkeh.....



4 ulasan:

  1. Salam from FnF...lauk simple yg sedap...suka3x ;)

    wah...rindu nk gi pasar mlm msia

    BalasPadam
  2. CK masak kesukaan akak ni...nak pi cari tauhu telor jap.

    BalasPadam
  3. tak jumpa lah tauhu telur ni kat oman :(

    BalasPadam
  4. assalam CK
    memang feberet tauhu ni, sedapp

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡