Isnin, 30 Julai 2012

Ikan Masak Cuka (Jeruk Ikan)

Salam....
Dah siap masak? ni salah satu lauk CK hari ini... Dah lama tak masak. Pernah la cuba sekali dulu kat sini, tp disebabkan orang lain tak brapa nk makan, so takde la CK buat lagi.
Tapi hari ni, bila Jebat cuci kolam, CK mintak la sekor ikan talapia hitam dia. Cadang nk goreng, tp lepas fikir punyer fikir, CK teringin la nk makan masak cuka ni
 
 

Bahan-bahan
-1 ekor ikan digoreng dahulu (ikan apa2 pun boleh)
- 1 ulas bawang besar-dibelah 4
- 2 ulas bawang putih-dihiris
- 1 inci halia-diracik halus
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh jintan manis-ditumbuk sedikit
- 3 sudu cuka (boleh lebihkan untuk rasa lebih masam)
- 2 sudu gula (boleh lebih/kurangkan)ikut selera masing2
-2 biji cili hijau-dipotong
- garam, perasa secukupnya-
- air secukupnya

Cara-cara
-tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan biji sawi sampai naik bau.
- masukkan air dan cuka.
- kemudian, tambah gula, garam dan serbuk perasa.
- masukkan ikan, biar mendidih.
- akhir sekali masukkan cili hijau.
- biar mereneh sebentar dan bolehlah ditutup api.
- siap!!

 Lauk ni lagi sedap kalau disimpan lama sikit...maksudnya kalau buat sebelah pagi, lebih sedap dimakan sebelah malamnyer agar rasa masam dan manis tu meresap ke isi ikan tu.


Ok...

Sabtu, 28 Julai 2012

Chicken Chop wif spaghetti

Salam...

Jangan marah yer..Ck tayang juadah berbuka semalam yang best sesangat. Ala western la plak... (tak pernah dibuat lagi berbuka ala western ni, tp sejak anak2 buat perangai, tak lalu makan nasi, so CK mulalah cari alternatif lain selain nasi)

Asalnya nampak Kak Yan masak steak kat sini. Terima kasih kak Yan...sedap sos tu...i like !!! hehe
Tapi CK takde daging steak, so tukar jer la dengan ayam. Sori yer kak Yan, menderhaka sikit...


Chicken Chop
6-8 Keping daging steak
1 kiub ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
sedikit olive oil atau butter

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Satukan semua bahan dan lumurkan kepermukaan daging. Perap seketika atau semalaman.
2. Panaskan sedikit butter pada grill pan dan panggang daging hingga masak dan selesai kesemuanya.
3. Tuangkan 1 cawan air kedalam bekas daging yang di panggang tadi. Kacau rata dan tapis.


Chicken Chop Sauce
1 tin mushroom sup campbell
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
air dari bekas daging yang di panggang

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama sedikit butter.
2. Masukkan air daging tadi , sup campbell dan juga serbuk lada hitam.
3. Masak sehingga pekat.
#tak perlu letak garam.

Dan bila dah jemu makan nasi, hari ni CK masak la spagheti ala carbonara (kesukaan anak2)

Bahan-bahan
-spegheti secukupnya- rebus dan toskan
-2 ulas bawang putih-diketuk, cincang
-3 ulas bawang merah-dipotong dadu
-secubit serbuk lada putih
-2 biji cili padi-dipotong
-1/2 sudu teh herba campuran
- cendawan butan atau lain2 cendawan
-1/3 cawan susu cair
-3 sudu besar mayonis
-garam, perasa

Cara-cara
Tumis bawang putih hingga naik bau sedikit dan masukkan bawang merah cincang tadi.
Masukkan secubit lada sulah dan herba campuran. Kacau rata. Tambah cendawan butang. Kacau lagi
Masukkan susu cair. Tunggu mendidih sekejap dan masukkan spegheti. Gaul rata
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
Akhir sekali, masukkan mayonis dan gaul rata dengan spegheti tadi.Siap..dan bolehlah dihidangkan bersama chicken chop



Kentang tu CK bakar skali masa bakar ayam tu. Dan brokoli plak CK rebus jer...senang kan....



♥♥♥

Khamis, 26 Julai 2012

Roti Sosej

Salam....semua dah ready dengan juadah berbuka? CK baru siap ni haaa... 
Hari ni CK agak sibuk kerana bermula sudah kerja2 menyiapkan biskut raya yang ditempah. Alhamdulillah...tahun ni tempahan meningkat dan tidak disangka.  Jadinya, lepas sahur, terus ler membako biskut...sampai la tengahari.... lepas tu udah ler letih....  Nk buat kuih pun dah malas. Nk ke pasar ramadhan, lagilah malas, sbb kena bersesak-sesak dengan orang ramai. Penyudahnyer, ambik jer la stok frozen food kat dalam freezer tu. 

Kalau diluar bulan ramadhan, mmg tak laku roti sosej ni. Anak2 pandang pun tidak. Tapi hari ni, bila hidang jer budak2 tu dah excited....hahaha..... apatah lagi dengan hiasan cheese dan mayonis yang berserabut tu....inilah penangan bulan puasa kan...sume nampak sedap !!

Bahan-bahannya:
* 8 keping roti
* 8 batang sosej - yang telah direbus/dibakar/digoreng
* 1 biji telur
* bread crumb secukupnya

Cara Membuatnya :
* Lenyekkan roti sehingga nipis.
* Bentangkan roti, Letak 1 batang sosej.
* Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu dicelup).
* Celup roti dalam telur dan salut dengan breadcrumb.
* Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan.Angkat dan toskan.
* Potong menyerong roti tadi
* Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.


 Ok...selamat berbuka puasa buat semua !!

♥♥♥

Rabu, 25 Julai 2012

Ayam Kuzi Kering

Salam.... dah selamat berbuka kan.... haaa...barulah CK boleh update blog. Kalau tak, perut ni asyik merodak jer pandang gambar2 makanan tu sume...hehehe....

Ok laaa... hari ni CK hidangkan dengan Ayam Kuzi jenis kering plak yer...sejak hati tertambah dengan resipi ni, CK dah tak masak ayam masak merah macam biasa tu, kerana isi rumah lebih terpikat dengan kuzi. Errrmm....stok rempah kian habis, kena top up lah nanti.


Mula2 dulu ingat susah sangat nk buat masak kuzi ni... bila dah masak...oooo...senang jer rupanya. Buat masak merah macam biasa, cuma tambahkan serbuk rempah kuzi semasa menumis bawang+cili tu. Dan tambahkan susu cair dan kismis dalam masakan. Errrmmm....tak paham ek...Meh tengok resipi.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- potong, bersihkan dan goreng separuh masak
minyak masak

Bahan tumbuk
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan lain
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar kismis
1 biji tomato-dipotong dadu
2 sudu besar cili kering kisar (terpulang pada kepedasan anda)
1/4 cawan sos tomato
1 sudu besar rempah kuzi
Gula, garam, perasa

Bahan tabur
bawang goreng
bawang besar-dipotong bulat
kacang pic (dalam tin)
daun sup, daun bawang, cili merah+hijau

Cara-cara
Tumis bahan tumbuk, dan masukkan juga pes cili dan rempah kuzi. Masak hingga naik minyak.
Masukkan tomato yang dipotong dadu, kismis, dan kacau lagi. Kemudian, masukkan pula sos tomato, dan susu cair diikuti dengan ayam. Kacau dan masak sampai ayam meresap semua kuah
Perisakan dengan gula dan garam.
Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan bahan2 tabur. Kacau rata dan siap !!

Kali ini CK letak nama Ayam Kuzi Kering sbb CK takmo buat jenis lembab/berkuah. ...anak2 tak brapa berselera makan kuah2... diorang nk jenis yang kering2 plak time bulan puasa ni.  Macam2 hal kan...

Ni masak kuzi cara CK lah yer... kalau ikut Kelantan Style tu, lainlah sikit... resipi ni dah ikut tekak orang key el yer.... hehehe...

 Lauk tambahan hari ini, sambal goreng tempe+kentang+ikan bilis+kacang


Ok...sampai sini dulu....BYE !! 

♥♥♥

Isnin, 23 Julai 2012

Puding Roti Berkaramel

Salam Ramadhan ke 3

Baru hari ni CK sempat update blog...adoiii...banyaknyer keje...ni pun baru selesai menjahit baju anak2....esok lusa dah mula dengan projek biskut... ermmm... selagi terdaya kan !! 

Ok...CK jamu dengan pemanis mulut la hari ni yer...tak tau nk panggil apa, bingka roti pun bleh...puding roti pun bleh...nk lagi kick, CK buat karamel kat atas permukaan puding ni... 

Macam krim karamel pun ada gak. Tapi respi ni tak guna banyak telur, tapi lebih kepada penggunaan roti yang dah hampir expired (maklum laaa...pose2 ni, roti putih tak brapa laku kan....)

CK buat satu loyang kecik jer.... cukup la untuk berbuka dan balik terawih... nama pun pemanis mulut, mana bleh makan banyak2.

Resipi ni CK main agak2 jer....

Bahan-bahan
2 sudu besar gula pasir- utk buat karamel
1 biji telur*
3 keping roti putih*
2 sudu besar gula pasir* (boleh kurangkan)
1/4 cawan susu pekat manis*
1 cawan air * ni kena agak2...jangan cair sangat, jangan pekat sangat
2 sudu besar tepung kastat*
sedikit esen vanila*

Cara-cara
Sediakan loyang, masukkan 2 sudu besar gula pasir untuk dibuat karamel. Letak atas dapur dan biarkan gula mencair dan jadi perang
Ketepikan loyang
Kisar bahan bertanda *
Kemudian, tuang bahan kisar tadi pada loyang yang mengandungi gula perang tadi
Bakar secara 'bain marie' pada suhu 180' selama 30 minit atau sampai masak.
Keluarkan dari oven, dan sejukkan. Kemudian terbalikkan dalam pinggan.
SIAP !!


OK...selamat berbuka puasa kepada semua !!!

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Salam

Esok dah pose kan...ok lah...CK pun nk ambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, geng blogger, silent readers, dan follower blog CK yang telah mencapai 1113 orang Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog tak seberapa ni. Andai ada kekurangan, maaf dipinta kerana kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan.


gambo sendiri tawwww... CK snap masa jalan2 di Putrajaya...hehehe

Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah dan memperkukuhkan iman kepada-Nya !! Amin


Khamis, 19 Julai 2012

Apam Pisang

Salam....

Lama CK tak update blog...dah banyak habuk dah rumah CK ni...hehehe....tapi takpe, dah dekat nk puasa ni, kena la kemas rumah kan....meh kita warm up dengan pekena apam pisang ni dulu yer....minum ngan kopi o. Pastu tolong CK sapu habuk dan sawang yer....hehehe...

senang cenggini kan...sekali dengan kelapa....hehehe....

Nk buat apam ni senang jer...sama la mcam bancuh cekodok tu...cuma tambahkan telur, minyak, susu dan gula... CK sertakanlah sekali respi yer...

Apam Pisang
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sk soda bicarbonat
2 biji telur
100ml minyak masak
1/2 cawan gula -terpulang pada kemanisan masing2
1 cawan pisang lenyek
2 sudu besar susu tepung
1 sk ovalet

 Cara-cara
Kalau guna blender, masukkan semua bahan2 dalam blender dan kisar sampai halus.
Atau, kalau guna mixer, putar semua bahan2 sampai sebati.
**Adunan jangan terlalu lembik, macam nak buat cekodok tu laa...boleh dijemput/senduk dengan sudu, kira ok lah tu... so pandai2 la tambah/kurangkan tepung yer...sukatan kat atas tu, agak2 jer...
Masuk dalam acuan, dan kukus selama 10 minit /sampai masak.

Ni versi kecik2, CK kukus dalam acuan lompang. Satu pinggan untuk makan2 kat rumah. Senang, petang nanti tak payah buat kuih dah....

Ni plak diorder oleh Puan Mazlina, nak hantar ke surau katanya.

Oklah.... gambar2 dibawah ni plak tempahan sepanjang minggu....Cadangnyer minggu ni nak rehat, tp tak dapat laaa....

 Belum raya tp dah ada yang order tat nenas?? hehehe.... ni diorder oleh adik Anna Qawina yang duduk kat area rumah CK ni. Dia dah nak bersalin, so teringin nk makan tart nenas katanya.  Ni projek usahasama dengan Kak Mas, tp respi dari CK. Jem nenas pun CK buat. 

Apam...apam...dan apam..... konon projek terakhir...tp hari ni ada lagi yang tempah apam.... takpe la kan...untuk majlis sambut ramadhan....


♥♥♥

Jumaat, 13 Julai 2012

Sambal Ikan Bilis Belimbing

Salam...

Hari ni CK suka ati, sebabnyer, dapat rilex dan rehat sambil masak2 makanan kegemaran. Dan inilah salah satu lauk pembuka selera untuk orang yang tengah demam...


Belimbing buluh ni pemberian teman CK, jeles gak bila tengok dia masak lauk sambal bilis belimbing ni...kecur air liur....dah hari sabtu lepas, dia bawaklah belimbing ni....tukar dengan pavlova CK....hahaha....

Nk masak sambal ni senang jer...buat la sambal tumis ikan bilis macam biasa, cuma jangan masukkan air asam jawa dalam sambal tumis tu. Gantikan dengan buah belimbing buluh ni... sedap wooo...rasa masam2 nyer memecah selera...uish...takleh nk discribe laaa....

Ok...CK nk makan ni....Jebat pun dah balik sembahyang Jumaat tu.... Daaaaa !!!



♥♥♥

Isnin, 9 Julai 2012

Murtabak Mudah

Dah masak untuk lunch? CK baru nk tayang breakfast...hehehe.....hari ni special sikit sbb mak mertua CK ada kat rumah (sejak adik ipar beli kereta ni, kerap la diorang datang jalan2-jenguk cucu)
Sib baik MIL tu tak nampak bagaimana CK buat murtabak ni...hehehe...tau2 dah siap hidang jer...

Sebenarnya nk buat murtabak ni senang jer. Kena ada kari daging dan roti paratha segera tu. Memula CK ambik beberapa ketul daging dari periuk kari (hehehe...) campur ler skali dengan ubi kentang. Daging tu disiat2/cincang halus. Sama gak ler dengan kentang.
Lepas tu, campak ke ke dalam mangkuk. Pecah 2 biji telur, tambah bawang hiris, tomato, daun sup, daun bawang...sikit garam...Kacau sedikit dan ketepikan
Kemudian, ambik sekeping instant paratha. Letak atas talam/dulang. Renjis sedikit minyak. Kemudian leperkan/nipiskan paratha tu. Bila dah nipis, letak la bancuhan telur&daging tadi ditengah2 paratha yang kita nipiskan tu. Kemudian, lipat/tutup (macam orang kat kedai buat murtabak tu ler....) Pastu alihkan ke kuali leper yang telah dipanaskan. Masak macam biasa....


Senang kan. MIL CK mcm tak percaya, katanya "bila masa keluar ke kedai beli murtabak?" hehehe.... CK jawab " keluar ikut atap tadi.....hahaha...." Tapi MIL tau menantu dia ni yg buat !!

♥♥♥

Khamis, 5 Julai 2012

Pavlova.....sedapnyer !!!

Salam...



 meh jamu mata dengan pavlova ni !!

Pertama kali CK buat dan makan...Ya Allah...nikmatnyer... sedap tak terkata. Patutlah Scha jatuh cinta dengan Awal kerana si pavlova....

 Hanya ada stok kiwi dan peach jer...ni pun jadilah... my Jebat suka sangat. Anak2 plak? lagi lah....tak cukup..... walaupun diaorang tak makan buah, tp disebabkan pavlova ni, habis buah2 tu diorang makan....sedap...esok buat lagi yer mama !!!

Aduuhhh....aku sudah jatuh cinta.... wallaweiiii...abis la diet aku disebabkan si manis dan berlemak ni....hancuss !!!

 respi nanti2 yer...nk layan Ameera jap....(sbb esok pun CK cadang nk buat lagi si pavlova ni...nanti CK tepek respinyer yer...)

TQ

♥ ♥ ♥

Rabu, 4 Julai 2012

Budget Moist Choc Cake

Salam... 

Dah makan tengahari? CK baru jer lepas...masak simple2 jer (bak kata orang utk lapik perut...hahaha) 

Ini projek hari ni...baru siap 2 bijik...ada 4 bijik lagi setia menanti masuk pengukus.  Inilah dia moist chocolate kek versi murah2.... sebab tu CK letak nama Budget Moist Choc Cake. Bagi yang suka makan kek coklat lembab, tp tak suka yang topping gempak2, boleh la cuba kek ni... lembut dan basah sebab dikukus.


Berat selepas kukus dan topping adalah kira2 900gm- 1 kg ++ . Topping coklat compound.

Harga? cuma rm15.00 jer satu tupperware ni. Murah kan !!! sebab tu namanya Budget Choc Cake.

Nak tempah? boleh kontek CK (017-3617857) Tapi kena pick up sendiri lah yer kat Jusco Equine/Giant Seri Kembangan ataupun Giant Kinrara. Kalau nk suruh CK hantar, boleh jer...tp tambah rm5.00 utk deliveri caj yer... (kalau lalu tol, up lagi....kehkehkeh...)

TQ

Selasa, 3 Julai 2012

Tart Nenas Topi

Salam....lama CK tak update kan...adoiii...banyak sungguh keja dan hal2 yang terjadi...

Dan...hari ini, marilah makan tart nenas. CK buat untuk makan sendiri dan bagi sample biskut raya pada rakan-rakan...(lagi 18 hari nk puasa, orang lain dah kecoh edarkan sekut raya, CK masih sibuk dengan apam dan kuih2 frozen...adoooo!!  )

Tingin plak nk makan tart nenas cenggini....dan belilah mould nyer... ooo...senang jugak buat tart jenis ni...

Tahun ni ada pelbagai corak jenis tart nenas. Ada tart nenas yang macam gambar atas ni (tart nenas topi) tart nenas gulung, tart nenas bunga dan nenas tertutup

So....apa lagi...pilih, pilih...nk tart nenas jenis yang bagaimana. Harga masih sama mcm tahun lepas yer...menggunakan jem nenas yang dibuat sendirik yer...dan masih menggunakan Buttercup. Kalo nak Anchor tu, kena tambah la ongkosnyer yer !!


Tahun ni CK cadang nak kurangkan jenis biskut yang dijual. Sebabnya nk jual yang top sale tahun lepas jer... Apa2, boleh rujuk FB CK Food yer. Boleh klik sini yer tuan-tuan dan puan-puan... FB CK Food hehehe....(opsss...jangan lupa LIKE yer..hehe)

OK...apa2, sms/tinggalkan mesej kat sini yer..