Isnin, 9 Julai 2012

Murtabak Mudah

Dah masak untuk lunch? CK baru nk tayang breakfast...hehehe.....hari ni special sikit sbb mak mertua CK ada kat rumah (sejak adik ipar beli kereta ni, kerap la diorang datang jalan2-jenguk cucu)
Sib baik MIL tu tak nampak bagaimana CK buat murtabak ni...hehehe...tau2 dah siap hidang jer...

Sebenarnya nk buat murtabak ni senang jer. Kena ada kari daging dan roti paratha segera tu. Memula CK ambik beberapa ketul daging dari periuk kari (hehehe...) campur ler skali dengan ubi kentang. Daging tu disiat2/cincang halus. Sama gak ler dengan kentang.
Lepas tu, campak ke ke dalam mangkuk. Pecah 2 biji telur, tambah bawang hiris, tomato, daun sup, daun bawang...sikit garam...Kacau sedikit dan ketepikan
Kemudian, ambik sekeping instant paratha. Letak atas talam/dulang. Renjis sedikit minyak. Kemudian leperkan/nipiskan paratha tu. Bila dah nipis, letak la bancuhan telur&daging tadi ditengah2 paratha yang kita nipiskan tu. Kemudian, lipat/tutup (macam orang kat kedai buat murtabak tu ler....) Pastu alihkan ke kuali leper yang telah dipanaskan. Masak macam biasa....


Senang kan. MIL CK mcm tak percaya, katanya "bila masa keluar ke kedai beli murtabak?" hehehe.... CK jawab " keluar ikut atap tadi.....hahaha...." Tapi MIL tau menantu dia ni yg buat !!

♥♥♥

13 ulasan:

  1. Oh...senang rupanya...Bestlah CK ni..Sume pandai. Mudah & senang plk tu..Ummi mmg ske resipi mudah.TQ ye..;)

    BalasPadam
  2. Murtabak looks yummy! I pun selalu simpan roti canai segera kat freezer...always handy :)

    BalasPadam
  3. sedapnya..
    Boleh buat buka posa nanti!

    BalasPadam
  4. baru makan murtabak 2 ari lps td yg beli la bukan wat sendiri..he3

    BalasPadam
  5. woooooooaaah...gitu ka buat murtabaknya!!!baru tau daa!!hihi..mokwo suka sgt resepi yg short-cut nih...sonang kojo den!

    BalasPadam
  6. ck pasnie bolehlah tiru ..simple jew upanya..roti canai segera sentiasa ada kt umah nie;p

    BalasPadam
  7. Sedapnya..rindu pulak nak mkn murtabak..

    BalasPadam
  8. alahai kt sini pun ada murtabak gak? td nmpak kt dapur kakrose gak murtabak nih..adoyaai! bila la pulak nk rajin wat sendiri lak nih..adoyai!

    BalasPadam
  9. thanks bg idea guna roti prata..hehe... kelakar pulak psl MIL tu..

    BalasPadam
  10. @Cik Puan Izan✿
    jangan lupa buat yer...senang jer kan...tp guna instant paratha tawww....bukan roti canai !!

    BalasPadam
  11. senangnya.. xterpikir pulak boleh nak guna daging kari...hee.. thanks 4 the respi..(^^,)
    *first time nak try buat sendiri ni...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡