Salam....semua dah ready dengan juadah berbuka? CK baru siap ni haaa...
Hari ni CK agak sibuk kerana bermula sudah kerja2 menyiapkan biskut raya yang ditempah. Alhamdulillah...tahun ni tempahan meningkat dan tidak disangka. Jadinya, lepas sahur, terus ler membako biskut...sampai la tengahari.... lepas tu udah ler letih.... Nk buat kuih pun dah malas. Nk ke pasar ramadhan, lagilah malas, sbb kena bersesak-sesak dengan orang ramai. Penyudahnyer, ambik jer la stok frozen food kat dalam freezer tu.
Kalau diluar bulan ramadhan, mmg tak laku roti sosej ni. Anak2 pandang pun tidak. Tapi hari ni, bila hidang jer budak2 tu dah excited....hahaha..... apatah lagi dengan hiasan cheese dan mayonis yang berserabut tu....inilah penangan bulan puasa kan...sume nampak sedap !!
Bahan-bahannya:
* 8 keping roti
* 8 batang sosej - yang telah direbus/dibakar/digoreng
* 1 biji telur
* 8 keping roti
* 8 batang sosej - yang telah direbus/dibakar/digoreng
* 1 biji telur
* bread crumb secukupnya
Cara Membuatnya :
* Lenyekkan roti sehingga nipis.
* Bentangkan roti, Letak 1 batang sosej.
* Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu dicelup).
Cara Membuatnya :
* Lenyekkan roti sehingga nipis.
* Bentangkan roti, Letak 1 batang sosej.
* Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu dicelup).
* Celup roti dalam telur dan salut dengan breadcrumb.
* Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan.Angkat dan toskan.
* Potong menyerong roti tadi
* Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.
* Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan.Angkat dan toskan.
* Potong menyerong roti tadi
* Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.
Ok...selamat berbuka puasa buat semua !!
♥♥♥
sedapnyer.........
BalasPadamSalam berkenalan.